Friday, November 23, 2012
Bab 17 :: Orang kaya adalah penyangak?
Dari kecil mak selalu cakap, kita perlu lebih bersedarhana, tetapi sederhana itu dimana level nya. Cikgu cakap kalau kaya nanti awak lupa diri, tak sembahyang, tamak, jangan dikejar kaya sangat. bila khawin pula, isteri cakap "cukuplah apa yang ada, nanti kalau abang banyak duit abang khawin lain". Semua perkata tentang KAYA lebih ditonjolkan adalah seorang penyangak, tamak, jahat dan lain-lain perkara negatif. Ini menyebabkan kita selalunya akan dianggap terlalu ke kiri atau terlalu kekanan jika kita kaitkan dengan kekayaan, kita akan keseorangan. Selalu terjadi adalah mereka hanya berkata-kata dimulut untuk berjaya dan kaya tetapi hati dan pemikiran mereka tidak percaya mereka boleh jadi kaya. Mereka sebenarnya takut.
Saya tanyakan, tidak ada ke orang yang miskin tetapi sombong, tidak ada ke orang miskin tetapi tidak sembahyang, dan tentu ada orang miskin tetapi kahwin dua, tiga dan empat. Dari pengalaman saya, bercampur dengan mereka yang kaya, perjawatan, berkereta besar, bergelar dato', lebih ramai yang baik, sopan santun, taat pada Allah, bersyukur dan selalu lebih bersedekah...membuatkan persepsi saya pada orang kaya sedikit lama sedikit berubah positif.
Cerita :: Dulu, satu masa dulu, saya pernah berkereta kancil, berenjin kecil dan bila membawanya lebih 100kmj sudah bergegar sana sini macam laju sangat. bila memandu di line kanan tiba-tiba kereta besar dari belakang memberi lampu meminta ketepi. Hati saya jadi panas, walaupun saya ketepi, dalam hati saya akan menyumpah...oh sombong berkereta besar ya. Saya juga telah pernah berkereta besar dan berenjin besar seperti Mercedes, BMW, Honda kereta-kereta berkelas mewah. Rupanya memang sedap membawanya, sedikit sahaja ditekan minyak kereta meluncur seperti peluru. bukan lah orangnya yang sombong, kereta nya yang sedia power. bila power dilihat sombong..sehingga terlupa perbandingan kita pada kereta kancil dan Mercedes...kelakar le pula dan akhirnya kita mengutuk jika kereta itu slow "ada kereta besar, bawa perlahan macam siput" kita mengata.
Cerita diatas boleh kita kaitkan dengan satu lagi cerita saya. Jika gaji kita seribu sebulan, dan kita dengar si A gajinya 100,000 sebulan. Menyebabkan kita akan bertanya dan membandingkan dengan kita. mana mungkin kita yang bekerja siang dan malam hanya bergaji seribu, apa kerjanya...jual dadah ke hingga gajinya 100 ribu sebulan. akhirnya kekal lah kefahaman yang kaya itu tentu mendapatkan wang secara serong dan menyalahi undang-undang.
sesekali timbul dalam diri kita yang bergaji kecil ini ingin bekerja kuat tetapi dihalang dengan tembok kefahaman tadi. Kita sudah setkan orang yang kaya itu rakus, penipu, ambil duit orang..."jika aku kaya nanti apa orang cakap tentang aku". biasa-biasa sudahlah.
Rahsianya, jika anda ingin meningkatkan nilai anda, tempatkan diri anda pada tempat yang mempunyai nilai pasaran dan menjadi penting. mungkin anda bergaji kecil kerana anda tidak di tempat nilai pasaran dan kerja anda memang bernilai seribu sebulan. mungkin dah faham sedikit sekarang...kerja yang bernilai 1000 tidak mungkin akan dibayar 10,000 sebulan jauh sekali 100,000 ribu sebulan walau 100 tahun lagi.
Apa yang perlu anda buat sebenarnya adalah bertukar tempat kerja atau cara kerja atau bidang kerja dengan meningkatkan kemahiran anda untuk anda lebih bernilai. berdekit-dekit, dari seribu ke dua ribu dan seterusnya 10,000 sebulan hingga lah nilai anda 100,000 sebulan. Apa salahnya anda kekal menjadi seorang yang jujur, taat pd Allah, suami yang baik dan dalam masa yang sama KAYA dan boleh membantu ramai orang. bersedekah pada rakyat Palestine, sedihkan kita nak menderma tapi boleh beri seringgit je.... geram lebih-lebih berdemo sana sini, itu dan ini, bercakap dengan orang kezaliman israil. Tiba-tiba, teringat juga kata ustaz. biarkan sedikit asal ikhlas...sejuk sikit hati tapi apa salahnya beri 100 ribu kalau ada , biar sejuta pun dan ikhlas tentu lebih baik.
MATLAMAT saya dengan penulisan ini adalah anda perlu membuangkan sikap negatif tentang orang kaya, bagaimana mungkin anda ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya jika anda tidak suka dengan gelaran itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment