Friday, November 21, 2014

USRAH KELUARGA.


Jika dipejabat , anda ada SOP yang nak di ikut. Jika dalam bisnes kita ada bisnes plan atau skt ( sasaran kerja tahunan ) untuk kita target. Kita meeting untuk bahagikan kerja masing masing.
Tetapi bagaimana kita mengatur kerja dan arahan untuk anak-anak dirumah sedangkan setiap hari kita sibuk dengan kerja dan bisnes kita.

Ini cara saya, saya sekadar berkongsi.

Saya adakan usrah atau perjumpaan mingguan untuk keluarga selwpas solat. Biasanya saya adakan pada malam jumaat. Anak-anak saya kecil lagi, tetapi mereka biasa, sudah bertahun tahun saya lakukan...mereka tertunggu tunggu setiap minggu.

Jika saya tak buat , isteri saya akan memimpin pada minggu itu.

Apa yang saya buat dalam usrah mingguan?

1. Saya akan berikan nasihat. Saya akan ceritakan beberapa perkara yang berlaku dalam keluarga. Saya akan ulang-ulang apa target kita untuk setiap orang.
Disini saya dan isteri akan cakapkan apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka

2. Saya akan sampaikan arahan dan tugasan mingguan kepada mereka. Ini untuk itu dan itu untuk siapa.

3. Saya akan dengar rintahan, cerita, luahan, lawak dari mereka. Setiap orang anak saya dan isteri saya akan bercerita apa yang berlaku seminggu sudah dan apa perancangan yang akan dibuat minggu hadapan. Saya biarkan mereka bercakap dan bercerita sepuasnya.

4. Mereka akan tahu perkara penting untuk setiap orang dan ingat mengingat. Mereka boleh komen dan nasihat antara satu sama lain tak kira kecil dan besar. Mereka boleh mengadu hal mereka dan orang lain pada saya dan isteri.

5. Bercakap. Saya melatih mereka bercakap, saya mahu mereka biasa bercakap. Saya tak mahu mereka pandai bekerja tetapi tak pandai menyampaikan apa yang mereka telah capai.
Mereka belajar marketing. Ramai orang pandai menanam, pandai membuat tetapi kurang pandai menjual.

6. Mendengar dan menghadam teguran. Melatih mereka mendengar dan belajar dari apa yang berlaku dari setiap orang.

7. Mereka akan mendapat pandangan semua sebelum melakukan sesuatu kerja minggu hadapan. Mereka akan minta pandangan.

8. Mereka belajar sesuatu dari semua cerita

9. Ini formula anak-anak rapat antara satu sama lain dan mendengar cakap.

10. Belajar bertanggungjawab apa yang mereka lakukan.

Sekadar berkongsi

Jangan buat 4 perkara ini bila dah kaya

Ustaz Nasihat ::


Jangan buat 4 perkara ini bila dah kaya...
1. Kalau kita dah kaya jangan takut nak sedekah ..takut duit habis.
2. Kalau kita dah kaya, elaklah dari benda maksiat. Sebab dah banyak duit kan...boleh enjoy je.
3. Bila kita dah kaya , kita dah mula jauh dengan keluarga takut duit habis dipinjam dan takut nak tolong orang.
4. Bila kita dah kaya kita tak de masa beribadat. Sebab sibuk dengan cari duit.
satu lagi
"Sesiapa yang belajar tetapi tidak berfikir adalah orang yang gagal. sesiapa yang berfikir tetapi tidak belajar adalah dalam bahaya yang amat besar"

Dalam membuat keputusan bisnes

Dalam membuat keputusan bisnes hanya ada hanya ada tiga cara sahaja untuk membuat keputusan.

1. Serang

Teknik ini sama lah seperti teknik peperangan. bila anda yakin anda menang , anda perlu memulakan serangan atau gempur untuk menawan sesuatu kawasan. adakah kawasan yang anda rancang itu sesuai dan tepat masanya dengan 'tentera' dan kecekapan teknikal yang anda ada?. anda perlu menyerang dengan kekuatan ala-kadar kalau itu pilihan anda ada. tiada siapa yang tahu serangan dan percubaan anda lebih kedepan boleh membawa kemenangan atau sebaliknya.

dalam teknik ini, anda bukan perlukan semata-mata semangat. Anda perlu belajar ilmu serangan. takut-takut mati katak je nanti. jika anda terlalu lama di kawasan anda mungkin anda akan terlalu selesa dan tetapi mungkin anda diserang.

Dalam bisnes, teknik menyerang bukan hanya bermaksud berlawan dengan pesaing semata-mata. serangan mungkin bertujuan meneroka bidang baru atau kawasan baru. jika anda lebih besar menjajah, anda lebih besar pengaruh, bila anda lebih besar pengaruh mungkin anda lebih kaya.

2. Elak atau undur
Teknik ini juga boleh anda guna dalam bisnes. kemenangan peperangan samalah seperti kemenagan dalam medan bisnes. saya maksudkan anda perlu bersedia dari segi pasukan, dengan masa yang tepat dan anda benar-benar yakin. kadang-kadang anda mula diserang dikawasan anda. ada banyak serangan, untuk tidak terus lesap dalam arena bisnes anda mungkin anda berundur sebentar atau mengelak dikawasan lebih selamat buat sementara waktu.

3. Hijrah
Mungkin anda sudah tidak yakin dengan bisnes yang anda jalankan sekarang, buat apa tunggu dan menanggung kerugian yang lebih besar. bukankan lebih baik untuk anda berhijrah ketempat lain dan melakukan langkah baru. Insyaallah berhasil.

kesimpulan.

secara basic nya memang hanya ada tiga je cara untuk mengurus bisnes dan membuat keputusan. mungkin ada 1001 cara lain hanya strategy tambahan dalam mana-mana tiga teknik diatas. Anda benar memerlukan ilmu berniaga, jika anda masih lemah dan tidak tahu bila masanya untuk anda menyerang, berundur sebentar atau berhijrah sebelum anda dibunuh terus atau mati kelaparan sendiri setelah dikepung musuh.
Moganya ilmu yang ringkas ini dapat menambah sesuatu kepada anda dalam mengharung liku-liku medan perniagaan yang lebih mencabar tahun 2014.

Coach bahar

Branding produk


Apabila mahu melakukan kerja-kerja branding, pertama-tama jawab soalan ini:

"Apakah idea di sebalik brand produk saya?"

Brand kita adalah 'tag-line' kita.

Contoh tag-line Air Asia adalah "Now everybody can fly." Jadi, idea di sebalik tag-line itu memang sangat mudah difahami.

Dulu tag-line Zaitun Industri adalah 'Tanpa Was-Was'. Idea di sebalik tag-line itu juga sangat jelas.
Tag-line kita wajib menyimpulkan janji kita kepada pelanggan. Dengan janji itu barulah akan tercipta hubungan-jiwa antara pelanggan dan brand kita.

Janji Zaitun = Tanpa Was-Was

Janji Air Asia = Now Everybody Can Fly

Janji PTS = Memandaikan Bangsa

Janji PAS = PAS For All

Tag-line mesti pendek. Dapat dicetak pada kad bisnes kita.