Sunday, October 26, 2014

cerita ayam vs rajawali

《《 cerita ayam vs rajawali 》》
Al-kisah diceritakan di dulu kala. Sebiji telur rajawali diatas pokok terjatuh lalu tercampur dengan sarang telur ayam. Maka cukup masa, semua telur menetas. Hiduplah semua anak ayam itu bersama se ekor anak rajawali.
.
.
==============
Masyarakat Ayam
==============
.
Masyarakat ayam, selalu bergaduh sesama sendiri. Diberi makan sikit berebut, diberi makan banyak pun berebut. Telur sebiji, kampung sebelah pun tahu. Tamak, jantan bergaduh sahaja. Kalau berbini nak banyak. Fitnah menfitnah ikut kerja ayam. Tak nak tengok ayam lain senang.
.
.
Jantannya banyak bini, Anak banyak tak mahu menjaga. Kalau ada musuh selamatkan diri sendiri dulu, tak ingat kawan-kawan. Itu perangai ayam. Tak kisah ayam kampung ke ayam bandar sama sahaja.
.
.
==================
Rajawali terbang tinggi.
==================
.
Hidupnya lebih 70 tahun. Hidupnya bermotivasi tinggi, misinya fokus. Terbang berkumpulan, mencari makan bersama. Hinggapnya dipohon paling tinggi, diudara dialah raja.
.
==============
Ayam vs Rajawali.
==============
Satu hari. Anak rajawali bertanya pada ibu ayam.
" ibu, haiwan apakah yang terbang tinggi itu. Megah terbangnya"
Ibu ayam berteriak " mari...lari...lari..itu rajawali. Nanti ditanggapnya kita dan dimakannya kita. Mari kita bersembunyi.". Mereka bertelimparan berlari masuk sarang.
Termasuk anak rajawali tadi. Ternampak anak rajawali yang berlari, rajawali dewasa terbang rendah dan berdiri didapan anak rajawali tadi.
Rajawali dewasa berkata " mengapa kau takut dan berlari bila nampak aku".
Rajawali kecil : " aku ayam, ibu kata kau akan menangkapku dan memakan ku".
Rajawali dewasa : " kau bukan ayam, kau rajawali . Jika kau tak percaya aku bawa kau kesungai. Kau lihat diri kau sendiri.".
Rajawali dewasa membawa rajawali kecil terbang ditepi sungai.
Rajawali dewasa : " sekarang kau lihat wajah mu sendiri ".
Rajawali kecil pun melihat bayang - bayangnya.
Rajawali kecil berteriak " wah rajawali ...lari" .
Itu diri mu. Kata rajawali dewasa. Marilah aku ajar mu terbang. Aku ajarmu bercita-cita tinggi. Kau bangsa rajawali bukan berbangsa ayam.
Jika tidak kau akan sampai mati kau ingat kau adalah ayam.
=========
Pengajaran
=========
Adakah mungkin anda bangsa rajawali. Adakah mungkin anda juga bukan berbangsa ayam yang asik ikut- ikut.
Anda boleh bercita - cita besar. Mungkin jika kau masih bersama ayam, kau akan diketawa mereka.
Adakah kau mahu terbang dan berimpian besar seperti rajawali.
Saya tak tahu adakah anda memahami apa yang saya cuba sampaikan. Moga ianya bermanfaat untuk semua.
Coach Bahar

No comments: