Sunday, October 26, 2014

Keadaan selesa boleh membunuh

==========================
Keadaan selesa boleh membunuh
==========================
Sikap yang terlalu selesa dengan keadaan sekarang selalunya berlaku pada orang kita. berharap dengan pertolongan dan bantuan dari kerajaan, ibu bapa dan saudara mara. Kononnya ini tempat kita, ini negara kita dan kita ada kelebihan di tempat sendiri.
.
.
Saya sudah sampai lebih 40 negara dan saya pernah tinggal di luar negara selama lebih 5 tahun. Jika di luar sana orang melayu dan orang malaysia semuanya rajin belaka, dan mereka menempa pelbagai kejayaan yang membanggakan. Jika di luar, kita terpaksa membuat apa yang terbaik ,alasanya itu bukan negara kita. begitu jugalah orang asing yang berkerja di Malaysia, mereka terpaksa membuat yang terbaik berbanding orang tempatan yang boleh 'balik tanam kampung , tanam jagong", itu pun kalau masih ada kampung.
.
.
Saya teringat dengan satu cerita, cerita pasal katak. katak ini adalah seekor katak di dalam periuk yang diletakkan di atas api untuk di rebus. bayangkan keadaaan katak tersebut, semasa baru di letak atas api airnya masih sejuk. Sekian lama di rebus, airnya menjadi suam, katak masih berenang dengan gembira. Air menjadi panas , katak makin selesa seperti dalam SPA atau 'jacuzzi' dan tidak mengindahkan keadaan sekeliling yang panas sedikit.
.
.
Tetapi , apabila air mendidih katak tidak mampu berbuat apa-apa. katak itu mati katak dalam periuk tadi dengan tidak di sangka-sangka perubahan yang berlaku. katak tersebut berada di dalam keadaan selesa dan leka dan secara tiba-tiba situasi membunuh tiba.
.
.
Keadaan ini seperti dalam kehidupan seharian sama ada anda seorang pelajar sekolah, atau pelajar universiti, pekerja atau peniaga, atau ahli politik mahupun rakyat biasa. Selalunya terjadi keadaaan selesa di dalam hidup kita, di mana kita mengecapinya dan tidak merancang untuk melakukan sesuatu untuk pergi ketahap yang lebih baik.
.
.
kita seronok dengan menikmati keselesaan tersebut sehinggalah persekitaran berubah yang memaksa kita berubah. pada ketika itu kita telah terlambat untuk melakukan sesuatu.
.
.
Anda jangan terlalu selesa dangan keadaan sekarang, jika anda seorang ahli politik dan menang pilihanraya misalnya bekerjalah sedaya upaya untuk rakyat jika tidak anda akan di ganti untuk pilihanraya yang akan datang. Jangan terlalu alpa dengan perhormatan dan orang berebut-rebut nak bersalam dengan anda ketika anda ada kuasa, jika tiada kuasa tiada siapa yang pandang. betul kan ini hakikatnya...
.
.
Jika anda berniaga, perlu sentiasa peka dengan perubahan terkini. Misalnya, dulu anda berniaga dan terpaksa berjumpa orang untuk membuat pemasaran. sekarang anda perlu tahu adanya media sosial dan kuasa internet. Anda perlu melihat dimanakah media baru ini boleh membantu meningkatkan jualan anda. Jika tidak, anda akan tertinggal dengan pesaing anda.
.
.
Jika anda masih bekerja, lebihlah anda perlu berjaga-jaga. Sekelip mata anda akan kehilangan kerja dengan pelbagai sebab rapuh, tak kisahlah jika anda orang kerajaan atau orang kerja swasta. Keadaan bos tak suka anda, keadaan anda tak suka bos, keadaan pejabat dan suasana tempat kerja baru kurang sesuai, keadaan anda sakit secara tiba-tiba, keadaan anda dipaksa berhenti sebab kilang nak tutup operasinya.
.
.
Ianya benar, bukan saya sengaja nak takut-takutkan anda.... anda boleh nilai sendiri. Moga ada sesuatu yang bermakna dari apa yang saya sampaikan..... Sekarang, anda perlu memikirkan dan merancang masa depan anda dan keluarga anda, selamat bekerja.

10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah

============================
10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah
============================
1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa
Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.
Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai maje yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit masuk.
.
.
2. Bekerja mengikut waktu.
Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asik nak ke pasar je. mana kerja nak menjadi dan nak siap.
.
.
3. Hubungan dengan kerja secara berterusan
Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.
.
.
4. Ambil masa rehat
Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.
.
.
5. Jangan dibersihkan.
Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mod untuk bekerja. biarkan bersepah...
.
.
6. Disiplin
Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
.
.
7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu
tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.
.
.
===================
8. Buat kerja secara rutin
===================
1. Bangan tidur,
2. ersihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
8. jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. list kerja apa nak dibuat esoknya
10. ulang langkah pertama.
.
.
9. Buat kerja anda.
Jangan pula , metang-metang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. faham kan yang ni.
.
.
10.Stay professional
Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.

ebook cocah bahar

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua rakan FB

Sila like bila nampak post ini di FB anda.
Ada tak yang nak jika saya tawarkan pakej COMBO, kesemua ebook yang saya tulis. Anda akan dapat 11 buah ebook.
==============
Senarai ebooknya
==============
1. 33 Tips mulakan bisnes
2. Panduan Jana RM100 sehari
3. Buat rumah harga murah dan mudah :: langkah demi langkah
4. 47 rahsia jadi jutawan
5. Idea bisnes untung 2014
6. Buat duit dengan online
7. Kuasai bisnes anda dalam masa 24 jam.
8. Tranformasi Idea menjadi realiti
9. Rahsia Jana 10 ribu sebulan walau masih bekerja
10. 51 idea bisnes buat duit dari rumah
=====
Bonus
=====
11. Marketing Revolution Strategy :: Cara menjual terlajak laris.
Kalau dijual satu persatu ebook saya ini berharga lebih RM400. Tapi hari ini untuk 33 mereka yang terpantas membelinya saya hanya tawarkan dengan harga RM100 sahaja.
=================
Cara pembelian ebook
=================
1. Buat bayaran RM100 di buat ke ke akaun Maybank 501589003549 atas nama dimpian inn.
2. Hantar email ke coachbaharuddin@gmail.com dengan tajuk " Pakej Combo". Berikan nama anda, phone dan email juga bukti pembayaran.
3. Saya akan kirimkan ebook ini melalui email dalam format pdf.
Saya tutup tawaran ini jika sudah 33 orang pembeli. Saya akan senaraikan pembelinya.
Coach bahar.
Bermula sekarang, siapa cepat dia dapat. 1...2....3....
pesanan :: kalau nak tempah cepat boleh terus pm inbox saya.

cerita ayam vs rajawali

《《 cerita ayam vs rajawali 》》
Al-kisah diceritakan di dulu kala. Sebiji telur rajawali diatas pokok terjatuh lalu tercampur dengan sarang telur ayam. Maka cukup masa, semua telur menetas. Hiduplah semua anak ayam itu bersama se ekor anak rajawali.
.
.
==============
Masyarakat Ayam
==============
.
Masyarakat ayam, selalu bergaduh sesama sendiri. Diberi makan sikit berebut, diberi makan banyak pun berebut. Telur sebiji, kampung sebelah pun tahu. Tamak, jantan bergaduh sahaja. Kalau berbini nak banyak. Fitnah menfitnah ikut kerja ayam. Tak nak tengok ayam lain senang.
.
.
Jantannya banyak bini, Anak banyak tak mahu menjaga. Kalau ada musuh selamatkan diri sendiri dulu, tak ingat kawan-kawan. Itu perangai ayam. Tak kisah ayam kampung ke ayam bandar sama sahaja.
.
.
==================
Rajawali terbang tinggi.
==================
.
Hidupnya lebih 70 tahun. Hidupnya bermotivasi tinggi, misinya fokus. Terbang berkumpulan, mencari makan bersama. Hinggapnya dipohon paling tinggi, diudara dialah raja.
.
==============
Ayam vs Rajawali.
==============
Satu hari. Anak rajawali bertanya pada ibu ayam.
" ibu, haiwan apakah yang terbang tinggi itu. Megah terbangnya"
Ibu ayam berteriak " mari...lari...lari..itu rajawali. Nanti ditanggapnya kita dan dimakannya kita. Mari kita bersembunyi.". Mereka bertelimparan berlari masuk sarang.
Termasuk anak rajawali tadi. Ternampak anak rajawali yang berlari, rajawali dewasa terbang rendah dan berdiri didapan anak rajawali tadi.
Rajawali dewasa berkata " mengapa kau takut dan berlari bila nampak aku".
Rajawali kecil : " aku ayam, ibu kata kau akan menangkapku dan memakan ku".
Rajawali dewasa : " kau bukan ayam, kau rajawali . Jika kau tak percaya aku bawa kau kesungai. Kau lihat diri kau sendiri.".
Rajawali dewasa membawa rajawali kecil terbang ditepi sungai.
Rajawali dewasa : " sekarang kau lihat wajah mu sendiri ".
Rajawali kecil pun melihat bayang - bayangnya.
Rajawali kecil berteriak " wah rajawali ...lari" .
Itu diri mu. Kata rajawali dewasa. Marilah aku ajar mu terbang. Aku ajarmu bercita-cita tinggi. Kau bangsa rajawali bukan berbangsa ayam.
Jika tidak kau akan sampai mati kau ingat kau adalah ayam.
=========
Pengajaran
=========
Adakah mungkin anda bangsa rajawali. Adakah mungkin anda juga bukan berbangsa ayam yang asik ikut- ikut.
Anda boleh bercita - cita besar. Mungkin jika kau masih bersama ayam, kau akan diketawa mereka.
Adakah kau mahu terbang dan berimpian besar seperti rajawali.
Saya tak tahu adakah anda memahami apa yang saya cuba sampaikan. Moga ianya bermanfaat untuk semua.
Coach Bahar
======
Nasihat
======
Saya bukanlah yang terbaik, saya sekadar berkongsi. Saya telah melalui jatuh bangun dalam hidup. Saya juga telah banyak membuat kesalahan dalam kehidupan. Jika saya tidak berkongsi maka kita akan terus melakukan kesalahan yang sama.
Panduan untuk bangkit dari jatuh dan keluar dari masalah
1. Cantas fikiran nagatif.
2. Gantikannya dengan fikiran positif.
3. Sentiasa kekal positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif orang lain juga akan berfikiran negatif terhadap kemampuan anda.
4. Serlahkan keyakinan diri. Teruskan usaha anda dengan berani. Terjun ke medan perang.
5. Buktikan yang kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. Anda mampu melakukan nya.
6. Pecahkan tembok zon selasa. Bergerak kehadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif.
7. Konsisten dengan berfikiran besar.
Coach Bahar









Hidup adalah pilihan

Hidup adalah satu pilihan, pilihlah untuk membahagiakan orang lain, lupakanlah kekecewaan dan kegagalan lalu, kegagalan adalah, malapetaka bagi yang berhenti untuk mencuba. Kejayaan adalah adalah erti bagi yang tidak pernah berputus asa.
coach bahar

Kopi

Dulu masa kecil


.
.
Arwah abah selalu ajak saya minum kat kedai kopi cina di pekan semerah.
Abah cakap " cina berniaga, dia ajar anak dia berniaga. Berniaga dia makin berkembang tiap hari. Dia akan wariskan anak dia semua perniagaan nya".
.
.
Abah cakap lagi, " orang melayu suka jadi polis dan cikgu. Mereka suka bekerja dari berniaga sendiri. Mereka akan bawa pangkat mereka dan tidak dapat mewarisi pangkat itu pada anak mereka".
.
.
Dia cakap lagi, " abah suruh ko berniaga macam cina bukan pulak lupa yang ko tu melayu ".