Friday, June 13, 2014

Nasihat untuk jurujual


1. Tumpukan pada aktiviti jualan 

2. Kejayaan jualan adalah berkait rapat dengan lokasi jualan dan target market. Yang ini cukup faham kan...kalau anda jual kereta 500 ribu tetapi anda mengambil tapak pameran konvo di universiti, kemungkinan besar kereta anda itu hanya laku 10 tahun lagi setelah pelajar itu semua berjaya. 

3. Tolong aambil kira prihal kehendak pelanggan. Kalau kereta yang tidak dibasuh mungkin akan mengurangkan harga kereta itu hingga ke 1000 dari harga yang dicadangkan. Sedangkan basuh kereta baru 10 ...siapa yang rugi?

4. Jurujual sebelum menjual perlu tahu kelebihan produk, jika tidak sukarlah nak yakinkan orang lain utk membeli.

5. Jimat..satu sen anda jimat, satu sen bertambah pendapatan anda.

6. Jangan jual mahal sangat, takut tak laku. Jangan jual murah sangat, takut orang kata produk kita tak berkualiti. Menentukan harga yang betul adalah penting.

7. Mendapat keputusan yg tepat dengan perbincangan yang teliti dengan rakan niaga. Jangan barang habis dijual, untung entah ke mana.

Coach Bahar

No comments: