Minggu lepas saya dikunjungi seorang sahabat saya. Setahun dulu pernah dia datang kerumah saya. Mukanya kusut masai, sebenarnya saya tidak mengenalinya. Rumah saya dikampung biasa dikunjungi orang kampung.
Abang yahya, dia seorang peniaga. Setahun setengah sebelum dia berhenti kerja dia adalah penyelia kilang perabut sudah 20 tahun. Dia seorang yang gigih, dia cuba berniaga. Perniagaannya adalah menjual ayam dan memproses ayam. Dengan pendapatan itulah dia membesarkan 7 anaknya yang pandai-pandai.
Dia mengadu yang dia tak dapat pusing modal menjual ayam. Di kampung pun kurang 20 ekor ayam terjual sehari. Dapatlah juga dihujung minggu kalau orang nak buat kenduri banyak sikit dijualnya.
Masalahnya orang kampung nak ambil hutang dulu. Lepas kenduri baru bayar kekadang sampai 2 minggu kekadang sampai sebulan.
Bukanlah banyak sangat untungnya. Dia mengeluh dan mohon kerja dengan saya. Serik katanya nak kerja kilang. Saya tengok matanya berlinang menahan sebak.
Hidupnya tidak senang dirumah, buntu nak buat apa. Kereta dan van telah ditarik bank. Dia tidak lagi berdaya katanya.
Bila saya nasihatkan dia usahlah bekerja. Rezeki abang dari berniaga. Mungkin abang tak pandai menjual laku. Sekarang abang jangan tunggu di kedai. Jual ditempat orang berkumpul.
Nak motor jaja ke rumah-rumah. Jual je apa yang ada..sayur, ikan, ayam dan lain-lain asal dapat duit.
Mukanya terus ceria, seperti tidak sabar menunggu esok.
Setahun sudah berlalu..abang yahya jumpa saya semula. Kini bersama isterinya. Dia sungguh ceria. Dia bangga dengan anaknya akan mendapat ijazah tak lama lagi. Kini dia sudah pandai berniaga, kini dia kembali berkereta. Alhamdulilah moga Allah permudahkan urusan seterusnya.
Bila ditanya abang yahya macam mana sekarang, dengan gerang dia bercerita. Pendapatannya sudah 10 ribu seminggu.
Dia mula bercerita....apa yang dia buat selepas berjumpa saya
Saya nasihatkan beberapa perkara padanya dulu, entah apa yang saya cakap boleh jadi dia kuat macam superman. Tapi yang saya ingat adalah saya minta abang yahya " jual apa yang orang mahu, jual tempat orang berkumpul-kumpul " maksudnya jangan hanya duduk di kedai.
Balik dari jumpa saya tu dia terus buat apa yang saya cakap. Dia memang peniaga yang baik sebenarnya, peramah dan disenangi orang.
Dari hanya duduk dikedai dia mula menjaja dari rumah kerumah, hasilnya cukup berbeza. Dulu mulanya nak dapat 100 sehari pun susah tapi dengan mula menjaja sayur, ikan dan ayam pendapatannya berganda.
" Jangan mengharap pelanggan datang pada kita, tetapi kita yang perlu mencari pelanggan ".
Rezekinya mula melimpah, tempahan makin banyak dan makin ramai orang baru dia kenal. Kedai ayam diupahkan pekerja menjaganya. Dia terus positif.
Satu hari seorang anak kepada salah seorang pelanggan nya dari kampung berjumpanya. Dia tinggal di KL dan mahukan abang yahya mencari beberapa barang asas untuk dijual di bandar.
" barang kita buat, jangan jual kat tempat kita. Jual kat luar. Kalau macam bomoh kampung, orang kampung tak dstang berubat, yang datang ramai orang dari luar ".
Permintaan paling besar adalah kelapa muda. Permintaan nya melebihi 1000 biji seminggu. Dari menjadi penjaja asalnya pak yahya dah jadi peraih pula. Dikampung saya banyak nenas, dan pisang juga dijual dan dihantar ke KL.
" Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. "
Saya pernah cerita pada yahya tentang seorang pesar yang menjual anak pokok di depan maybank pagoh. Dia ambil anak pokok rambutan, durian , mangga dan lain-lain. Satu anak pokok baru harganya RM3 dari pembekal dijual RM15-20.
Dimuar banyak orang tanam anak pokok bunga dan anak pokok buah-buahan. Rezaki abang yahya ada permintaan untuk anak pokok tersebut di KL. Dia mula membaca peluang dengan mencuba menjual anak pokok tersebut di pasar malam di sekitar bangi. Laku keras dengan hanya 3 jam habis lecin licau apa yang mereka bawa dari muar.
Formulanya dia sudah dapat dan dia hanya mengatur dengan cara yang lebih baik dan teratur. Dia tak perlu ada kilang, dia tak perlu ada kebun, dia hanya mengunakan pengalaman dan kemahuannya untuk dia berjaya.
Mungkin anda boleh kira sendiri berapa pendapatan abang yahya sekarang kalau tiap minggu 2 kali lori 3 tan penuh anak benih ke KL dan balik habis. Tetapi dia tetap masih menjaja sayur dan ayam dari rumah ke rumah seperti dulu.
Nak dengar banyak lagi idea bisnes? . Daftar seminar jom berani bisnes di shah alam pada 14 dan 15 jun ni. SMS ' jom bisnes ' dan hantar ke 013-7999415. Ada rezaki saya jumpakan dengan abang yahya sekali.
Coach Bahar
#ideabisnescoachbahar
Friday, June 13, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment