Friday, June 13, 2014
Gigih petani
Setiap petani hanya akan melihat hasil tanaman nya setelah menunggu beberapa tempoh tertentu. Begitu jugalah peniaga atau juru jual, teruslah menanam untuk melihat hasilnya. Janganlah putus asa dengan cubaan pertama.
Nasihat untuk jurujual
1. Tumpukan pada aktiviti jualan
2. Kejayaan jualan adalah berkait rapat dengan lokasi jualan dan target market. Yang ini cukup faham kan...kalau anda jual kereta 500 ribu tetapi anda mengambil tapak pameran konvo di universiti, kemungkinan besar kereta anda itu hanya laku 10 tahun lagi setelah pelajar itu semua berjaya.
3. Tolong aambil kira prihal kehendak pelanggan. Kalau kereta yang tidak dibasuh mungkin akan mengurangkan harga kereta itu hingga ke 1000 dari harga yang dicadangkan. Sedangkan basuh kereta baru 10 ...siapa yang rugi?
4. Jurujual sebelum menjual perlu tahu kelebihan produk, jika tidak sukarlah nak yakinkan orang lain utk membeli.
5. Jimat..satu sen anda jimat, satu sen bertambah pendapatan anda.
6. Jangan jual mahal sangat, takut tak laku. Jangan jual murah sangat, takut orang kata produk kita tak berkualiti. Menentukan harga yang betul adalah penting.
7. Mendapat keputusan yg tepat dengan perbincangan yang teliti dengan rakan niaga. Jangan barang habis dijual, untung entah ke mana.
Coach Bahar
Lima tip dan rahsia menjadi penjual hebat.
1. Muliakan dan hormati pelanggan
2. Mendengar keluhan hati pelanggan.
3. Jangan janjikan perkara yang terlalu tinggi pada pelanggan.
4. Elak kan emosi kita terganggu disebabkan pelanggan.
5. Ikhlaskan niat menjual kerana manfaat pelanggan.
Panduan untuk bangkit dari jatuh dan keluar dari masalah
1. Cantas fikiran nagatif.
2. Gantikannya dengan fikiran positif.
3. Sentiasa kekal positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif orang lain juga akan berfikiran negatif terhadap kemampuan anda.
4. Serlahkan keyakinan diri. Teruskan usaha anda dengan berani. Terjun ke medan perang.
5. Buktikan yang kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. Anda mampu melakukan nya.
6. Pecahkan tembok zon selasa. Bergerak kehadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif.
7. Konsisten dengan berfikiran besar.
Coach Bahar
#ideabisnescoachbahar
Cerita :: Usahawan Abang Yahya
Minggu lepas saya dikunjungi seorang sahabat saya. Setahun dulu pernah dia datang kerumah saya. Mukanya kusut masai, sebenarnya saya tidak mengenalinya. Rumah saya dikampung biasa dikunjungi orang kampung.
Abang yahya, dia seorang peniaga. Setahun setengah sebelum dia berhenti kerja dia adalah penyelia kilang perabut sudah 20 tahun. Dia seorang yang gigih, dia cuba berniaga. Perniagaannya adalah menjual ayam dan memproses ayam. Dengan pendapatan itulah dia membesarkan 7 anaknya yang pandai-pandai.
Dia mengadu yang dia tak dapat pusing modal menjual ayam. Di kampung pun kurang 20 ekor ayam terjual sehari. Dapatlah juga dihujung minggu kalau orang nak buat kenduri banyak sikit dijualnya.
Masalahnya orang kampung nak ambil hutang dulu. Lepas kenduri baru bayar kekadang sampai 2 minggu kekadang sampai sebulan.
Bukanlah banyak sangat untungnya. Dia mengeluh dan mohon kerja dengan saya. Serik katanya nak kerja kilang. Saya tengok matanya berlinang menahan sebak.
Hidupnya tidak senang dirumah, buntu nak buat apa. Kereta dan van telah ditarik bank. Dia tidak lagi berdaya katanya.
Bila saya nasihatkan dia usahlah bekerja. Rezeki abang dari berniaga. Mungkin abang tak pandai menjual laku. Sekarang abang jangan tunggu di kedai. Jual ditempat orang berkumpul.
Nak motor jaja ke rumah-rumah. Jual je apa yang ada..sayur, ikan, ayam dan lain-lain asal dapat duit.
Mukanya terus ceria, seperti tidak sabar menunggu esok.
Setahun sudah berlalu..abang yahya jumpa saya semula. Kini bersama isterinya. Dia sungguh ceria. Dia bangga dengan anaknya akan mendapat ijazah tak lama lagi. Kini dia sudah pandai berniaga, kini dia kembali berkereta. Alhamdulilah moga Allah permudahkan urusan seterusnya.
Bila ditanya abang yahya macam mana sekarang, dengan gerang dia bercerita. Pendapatannya sudah 10 ribu seminggu.
Dia mula bercerita....apa yang dia buat selepas berjumpa saya
Saya nasihatkan beberapa perkara padanya dulu, entah apa yang saya cakap boleh jadi dia kuat macam superman. Tapi yang saya ingat adalah saya minta abang yahya " jual apa yang orang mahu, jual tempat orang berkumpul-kumpul " maksudnya jangan hanya duduk di kedai.
Balik dari jumpa saya tu dia terus buat apa yang saya cakap. Dia memang peniaga yang baik sebenarnya, peramah dan disenangi orang.
Dari hanya duduk dikedai dia mula menjaja dari rumah kerumah, hasilnya cukup berbeza. Dulu mulanya nak dapat 100 sehari pun susah tapi dengan mula menjaja sayur, ikan dan ayam pendapatannya berganda.
" Jangan mengharap pelanggan datang pada kita, tetapi kita yang perlu mencari pelanggan ".
Rezekinya mula melimpah, tempahan makin banyak dan makin ramai orang baru dia kenal. Kedai ayam diupahkan pekerja menjaganya. Dia terus positif.
Satu hari seorang anak kepada salah seorang pelanggan nya dari kampung berjumpanya. Dia tinggal di KL dan mahukan abang yahya mencari beberapa barang asas untuk dijual di bandar.
" barang kita buat, jangan jual kat tempat kita. Jual kat luar. Kalau macam bomoh kampung, orang kampung tak dstang berubat, yang datang ramai orang dari luar ".
Permintaan paling besar adalah kelapa muda. Permintaan nya melebihi 1000 biji seminggu. Dari menjadi penjaja asalnya pak yahya dah jadi peraih pula. Dikampung saya banyak nenas, dan pisang juga dijual dan dihantar ke KL.
" Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. "
Saya pernah cerita pada yahya tentang seorang pesar yang menjual anak pokok di depan maybank pagoh. Dia ambil anak pokok rambutan, durian , mangga dan lain-lain. Satu anak pokok baru harganya RM3 dari pembekal dijual RM15-20.
Dimuar banyak orang tanam anak pokok bunga dan anak pokok buah-buahan. Rezaki abang yahya ada permintaan untuk anak pokok tersebut di KL. Dia mula membaca peluang dengan mencuba menjual anak pokok tersebut di pasar malam di sekitar bangi. Laku keras dengan hanya 3 jam habis lecin licau apa yang mereka bawa dari muar.
Formulanya dia sudah dapat dan dia hanya mengatur dengan cara yang lebih baik dan teratur. Dia tak perlu ada kilang, dia tak perlu ada kebun, dia hanya mengunakan pengalaman dan kemahuannya untuk dia berjaya.
Mungkin anda boleh kira sendiri berapa pendapatan abang yahya sekarang kalau tiap minggu 2 kali lori 3 tan penuh anak benih ke KL dan balik habis. Tetapi dia tetap masih menjaja sayur dan ayam dari rumah ke rumah seperti dulu.
Nak dengar banyak lagi idea bisnes? . Daftar seminar jom berani bisnes di shah alam pada 14 dan 15 jun ni. SMS ' jom bisnes ' dan hantar ke 013-7999415. Ada rezaki saya jumpakan dengan abang yahya sekali.

Aku pemandu lori
Bila anda berniaga, anda tak boleh memilih untuk buat kerja apa. Anda perlu boleh buat kerja apa sahaja.
Saya pernah jual sayur bawa lori dulu. Saya pernah menjaja dengan lori. Bila projek catering banyak , saya juga bawa lori hantar barang ke tempat majlis.
Jadi bos pun anda perlu pandai bawa lori, kalau staf tak de boleh kita bawa sendiri.
Bawa lori bukan senang, bawa lori bawa barang. Malam-malam baru balik. Satu badan melengas. Melengas tu anda tahuacam mana?
Ragam orang berniaga

Berlatih melihat masa depan.
Seorang sahabat bertanya pada saya tentang melihat masa depan. Bagaimana mahu melihat masa depan dan merancang untuk masa depan.
Saya sebutkan, ramai orang dewasa melihat masa depan melalui mata mereka. Sebenarnya untuk melihat masa depan lihatlah mereka yang berumur 15 tahun sekarang. Apa yang akan jadi pada umur mereka 25 tahun.
Apa mereka suka, apa yang mereka buat, apa mereka kerja, kereta apa yang mereka pakai, muzik apa mereka dengar. Dari situ anda boleh melihat masa depan anda.
Harap anda faham..memang susah sikit nak faham.
Seorang sahabat bertanya pada saya tentang melihat masa depan. Bagaimana mahu melihat masa depan dan merancang untuk masa depan.
#ideabisnescoachbahar
Subscribe to:
Posts (Atom)