Saturday, June 22, 2013

Pengalaman :: formula 90 / 10


dari pengalaman saya, keseluruhan 90% kekayaan di Malaysia di kuasai oleh 10% golongan kelas menengah yang berniaga dan 10% bakinya dikongsi oleh 90% golongan biasa. Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini tetapi di seluruh dunia. Kita yang menentukan dimana kita, apa yang kita buat sekarang, pekerjaan yang kita lakukan dan bisnes apa yang kita jalankan. Ianya hampir sama kepada semua industri dan perniagaan.

Jangan marah dulu, ini bukan cobaan ini betul-betul. Saya pernah bermain golf satu masa dulu. bila saya berlatih dan akhirnya masuk padang untuk bermain. Sesekali saya di ajak masuk pertandingan. mereka yang menang di beri hadiah besar-besar dan nilai yang tinggi, mereka dilambung-lambung.

Saya rasa sukar menang dalam permaian golf dalam banyak perlawanan, menyebabkan saya teringat perkara ini. hadiah diberi kepada 10% mereka yang layak menang, elit dan sudah bermain lama. 90% hanya menjadi penonton kemenangan mereka setiap kali perlawanan. Mungkin sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bermain golf.

Anda melabur dan berniaga untuk apa?. ada 3 golongan orang yang melabur iaitu mereka yang tidak melabur, mereka yang melabur untuk tidak kalah dan mereka yang melabur untuk menang. Jika anda berniaga, anda berada di golongan yang mana?. faham kan...kan...cuba fikir-fikirkan

Moga anda ceria dan bahagia

No comments: