Sunday, June 30, 2013

Memanfaatkan facebook



Sosial media yang paling digemari masa kini adalah facebook. Ada antara mereka membuat duit beratus ribu dengan menggunakan facebook dengan cara perniagaan baru ini. Ramai yang terasa ada yang kurang jika dalam sehari jka tidak bersama facebook. kadang-kadang mak mertua lalu dibelakang pun tak perasan jika sedang bersama facebook. sehingga ada syarikat dan pejabat membuat peraturan melarang penggunaan facebook waktu pejabat, takut-takut stafnya membuang masa. dalam waktu yang sama ada mereka yang menjadikan facebook sebagai alat pemasaran yang hebat dan mendapat hasil darinya berjuta ringgit.

Bagi saya adanya facebook adalah satu hal yang positif dan menjadi satu alat pemasaran utama masa kini. saya boleh menggunakan teknik gerila marketing seolah-olah membuat pemasaran door to door menjual produk dan perkhidmatan perniagaan saya. jaringan rangkaian dalam facebook membolehkan kita berkominikasi, mempunyai sahabat yang mempunyai minat yang sama dan mendapat database email yang akhirnya boleh kita jadikan email blazting untuk memaklumkan perkhidmatan atau perniagaan kita.

iklan di facebook sangat murah, dengan serendah RM1 anda boleh mengiklankan bukan hanya satu produk tetapi banyak produk jualan anda.hebat bukan. Saya mendapat RM1000 sehari dari berniaga melalui facebook dari satu produk. saya teringin lebih ramai kawan-kawan saya tahu caranya.

Ramai yang cakap, tapi belum ramai yang berjaya.

Tip dan nasihat untuk anak muda berniaga::

1. Bekerjalah untuk timba pengalaman dan jika sudah berpengalaman berniagalah untuk memajukan diri sendiri , ugama, bangsa dan negara. 

2. Pelanggan lebih penting dari untung. Jagalah pelanggan sebaik mungkin dan jangan ambil untung banyak sangat dengan meletakan harga yang melampau.

3. satu mangkuk mesti dapat 5 mangkuk semula, satu untuk keluarga, satu untuk simpanan dan 3 untuk pusaingan balik berniaga.

4. Jika ditawarkan pinjaman, tanyalah berapa bunganya jangan risau berapa ansurannya.

Moga berjaya.

Monday, June 24, 2013

Saturday, June 22, 2013

pesan abah



Tahun ni sudah 17 tahun arwah abah meninggal, tinggalkan saya buat selama-lamanya tetapi pesanan-pesanan nya masih segar diingatanku. Abah meninggal pada umur beliau 63 tahun.

Abah pesan,
" Hidup kita ni terbahagi kepada tiga fasa. 20 tahun pertama, kita menuntut ilmu untuk kehidupan. 
20 tahun kedua adalah kita menggunakan ilmu yang kita tuntut tadi untuk mencari duit dan rezak. 
20 tahun terakhir kita ni patutnya hanya kita menggunakan sahaja duit yang telah kita cari sebelumnya." 

Itu bermakna kita perlu pencen umur 40, menikmati apa yang kita usaha sebelum itu. share dan like

Pengalaman :: formula 90 / 10


dari pengalaman saya, keseluruhan 90% kekayaan di Malaysia di kuasai oleh 10% golongan kelas menengah yang berniaga dan 10% bakinya dikongsi oleh 90% golongan biasa. Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini tetapi di seluruh dunia. Kita yang menentukan dimana kita, apa yang kita buat sekarang, pekerjaan yang kita lakukan dan bisnes apa yang kita jalankan. Ianya hampir sama kepada semua industri dan perniagaan.

Jangan marah dulu, ini bukan cobaan ini betul-betul. Saya pernah bermain golf satu masa dulu. bila saya berlatih dan akhirnya masuk padang untuk bermain. Sesekali saya di ajak masuk pertandingan. mereka yang menang di beri hadiah besar-besar dan nilai yang tinggi, mereka dilambung-lambung.

Saya rasa sukar menang dalam permaian golf dalam banyak perlawanan, menyebabkan saya teringat perkara ini. hadiah diberi kepada 10% mereka yang layak menang, elit dan sudah bermain lama. 90% hanya menjadi penonton kemenangan mereka setiap kali perlawanan. Mungkin sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bermain golf.

Anda melabur dan berniaga untuk apa?. ada 3 golongan orang yang melabur iaitu mereka yang tidak melabur, mereka yang melabur untuk tidak kalah dan mereka yang melabur untuk menang. Jika anda berniaga, anda berada di golongan yang mana?. faham kan...kan...cuba fikir-fikirkan

Moga anda ceria dan bahagia