Thursday, November 29, 2012

Jual diri dulu baru jual produk.

Kenangan penulis di Australia
saya menasihatkan kepada semua yang berniaga menggunakan sebaik mungkin teknologi internet sebahagian teknik pemasaran mereka, ianya benar akan melonjakan sale anda. Terutamanya teknologi facebook, dulu anda perlu mengambil database seperti no phone, alamat dan lain-lain untuk anda memastikan consistent contact, consistent reminder, dan consistent follow-up” dengan customer tetapi dengan adanya facebook semua perkara ini tidak perlu lagi. 

Saya telah berjumpa seorang sahabat saya yang boleh membuat jualan kereta secara purata 30 buah sebulan dengan hanya baru menceburi bidang tersebut selama setahun. saya tanyakan rahsianya...katanya rahsia FACEBOOK. 

Aktifkan diri melalui Facebook sebab ramai prospek suka duduk depan facebook jumpa dia di facebook jer...Di facebook ni, jangan buat banyak promosi, nanti orang menyampah. Tapi, ambik peluang untuk kongsikan tips dan apa sahaja yang positif yang boleh membuatkan hidup mereka lebih baik. Mungkin beberapa perkara yang anda tahu, jika anda mahir dengan kereta ..berikan tip berkenaan kereta dan seterusnya. Barulah facebook memberi manfaat untuk semua.

Friday, November 23, 2012

Bab 17 :: Orang kaya adalah penyangak?

Berkereta besar selalu di label seorang yang KAYA. Kaya selalu dikaitkan dengan tamak, sombong, ambil hak orang dan jahat. Ramai juga muslim mempunyai kekayaan, kesenangan dalam masa yang sama masih taat pada Allah, isteri dan suami yang baik. IMPAIN anda adalah hak anda.

Dari kecil mak selalu cakap, kita perlu lebih bersedarhana, tetapi sederhana itu dimana level nya. Cikgu cakap kalau kaya nanti awak lupa diri, tak sembahyang, tamak, jangan dikejar kaya sangat. bila khawin pula, isteri cakap "cukuplah apa yang ada, nanti kalau abang banyak duit abang khawin lain". Semua perkata tentang KAYA lebih ditonjolkan adalah seorang penyangak, tamak, jahat dan lain-lain perkara negatif. Ini menyebabkan kita selalunya akan dianggap terlalu ke kiri atau terlalu kekanan jika kita kaitkan dengan kekayaan, kita akan keseorangan. Selalu terjadi adalah mereka hanya berkata-kata dimulut untuk berjaya dan kaya tetapi hati dan pemikiran mereka tidak percaya mereka boleh jadi kaya. Mereka sebenarnya takut.

Saya tanyakan, tidak ada ke orang yang miskin tetapi sombong, tidak ada ke orang miskin tetapi tidak sembahyang, dan tentu ada orang miskin tetapi kahwin dua, tiga dan empat. Dari pengalaman saya, bercampur dengan mereka yang kaya, perjawatan, berkereta besar, bergelar dato', lebih ramai yang baik, sopan santun, taat pada Allah, bersyukur dan selalu lebih bersedekah...membuatkan persepsi saya  pada orang kaya sedikit lama sedikit berubah positif.

Cerita :: Dulu, satu masa dulu, saya pernah berkereta kancil, berenjin kecil dan bila membawanya lebih 100kmj sudah bergegar sana sini macam laju sangat. bila memandu di line kanan tiba-tiba kereta besar dari belakang memberi lampu meminta ketepi. Hati saya jadi panas, walaupun saya ketepi, dalam hati saya akan menyumpah...oh sombong berkereta besar ya. Saya juga telah pernah berkereta besar dan berenjin besar seperti Mercedes, BMW, Honda kereta-kereta berkelas mewah. Rupanya memang sedap membawanya, sedikit sahaja ditekan minyak kereta meluncur seperti peluru. bukan lah orangnya yang sombong, kereta nya yang sedia power. bila power dilihat sombong..sehingga terlupa perbandingan kita pada kereta kancil dan Mercedes...kelakar le pula dan akhirnya kita mengutuk jika kereta itu slow "ada kereta besar, bawa perlahan macam siput" kita mengata.

Cerita diatas boleh kita kaitkan dengan satu lagi cerita saya.  Jika gaji kita seribu sebulan, dan kita dengar si A gajinya 100,000 sebulan. Menyebabkan kita akan bertanya dan membandingkan dengan kita. mana mungkin kita yang bekerja siang dan malam hanya bergaji seribu, apa kerjanya...jual dadah ke hingga gajinya 100 ribu sebulan. akhirnya kekal lah kefahaman yang kaya itu tentu mendapatkan wang secara serong dan menyalahi undang-undang.

sesekali timbul dalam diri kita yang bergaji kecil ini ingin bekerja kuat tetapi dihalang dengan tembok kefahaman tadi. Kita sudah setkan orang yang kaya itu rakus, penipu, ambil duit orang..."jika aku kaya nanti apa orang cakap tentang aku". biasa-biasa sudahlah.

Rahsianya, jika anda ingin meningkatkan nilai anda, tempatkan diri anda pada tempat yang mempunyai nilai pasaran dan menjadi penting. mungkin anda bergaji kecil kerana anda tidak di tempat nilai pasaran dan kerja anda memang bernilai seribu sebulan. mungkin dah faham sedikit sekarang...kerja yang bernilai 1000 tidak mungkin akan dibayar 10,000 sebulan jauh sekali 100,000 ribu sebulan walau 100 tahun lagi.

Apa yang perlu anda buat sebenarnya adalah bertukar tempat kerja atau cara kerja atau bidang kerja dengan meningkatkan kemahiran anda untuk anda lebih bernilai. berdekit-dekit, dari seribu ke dua ribu dan seterusnya 10,000 sebulan hingga lah nilai anda 100,000 sebulan. Apa salahnya anda kekal menjadi seorang yang jujur, taat pd Allah, suami yang baik dan dalam masa yang sama KAYA dan boleh membantu ramai orang. bersedekah pada rakyat Palestine, sedihkan kita nak menderma tapi boleh beri seringgit je.... geram lebih-lebih berdemo sana sini, itu dan ini, bercakap dengan orang kezaliman israil. Tiba-tiba, teringat juga kata ustaz. biarkan sedikit asal ikhlas...sejuk sikit hati tapi apa salahnya beri 100 ribu kalau ada , biar sejuta pun dan ikhlas tentu lebih baik.

MATLAMAT saya dengan penulisan ini adalah anda perlu membuangkan sikap negatif tentang orang kaya, bagaimana mungkin anda ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya jika anda tidak suka dengan gelaran itu.

Wednesday, November 21, 2012

Workshop Business Personal Coaching


Update :: 'Workshop Business Personal Coaching'

Assalamualaikum buat semua sahabat FB, kepada sesiapa yang masih berminat, masih ada beberapa kek
osongan dan bayaran boleh dibuat sebelum 11 pagi 30 Nov 2012. Ada apa-apa masalah sila email kepada saya.

Lokasi Shah Alam
Tarikh :: 1 Decsember 2012 (Sabtu)
Masa : 9 pagi – 5 Petang
Tempat : D’impian Inn, Shah Alam

Lokasi Bangi
Tarikh :: 2 Decsember 2012 (Ahad)
Masa : 9 pagi – 5 Petang
Tempat : Bandar Baru Bangi (Akan diberitahu)

Lokasi Batu Pahat (Sabtu)
Tarikh :: 7 Decsember 2012
Masa : 9 pagi – 5 Petang
Tempat : Tempat :: D’impian Inn, Parit Raja

Lokasi Muar
Tarikh :: 15 Decsember 2012 (Sabtu)
Masa : 9 pagi – 5 Petang
Tempat : Tempat :: D’impian Resort & Training Centre, Muar.

-Yuran :: RM250 seorang, jika suami isteri @ adik-beradik RM400(2 orang).

-Pakej bersama penginapan bilik (FAMILY STANDARD) di d'impian hotel harga RM300 (yuran kursus+bilik penginapan).

-Pembayaran bagi pengesahan tempat boleh dibuat kepada
Baharuddin Mohamed (Maybank Acc: 151052252907) sebelum 30 November 2012. tuan puan MESTI email pembuktian bayaran kepada mybaha76@yahoo.co.uk dgn sertakan 1)NAMA PENUH 2)Phone Number 3)Email 4)Area.

Terima kasih.

Sunday, November 4, 2012

Bab 7: Apakah perlaburan terbaik untuk anda?




Bab 7: Apakah perlaburan terbaik untuk anda?

Ramai yang bertanya saya dengan soalan ini, apakah jenis perlaburan yang terbaik untuk mereka. Jawapan yang saya berikan adalah perlaburan untuk diri sendiri. Ramai yang agak kecewa dengan jawapan yang diberikan saya. 

Dalam dunia reality sekarang, Modal asas setiap manusia adalah ‘rupa’ dan ‘akal’. beruntunglah anda kalau anda punya lebih ‘rupa’, juga nasib anda baik jika anda dapat memaksimamkan penggunaan ‘akal’ anda. Tapi janganlah kedua-duanya tak ada @ tak digunakan. Apa yang saya maksudkan melabur diri sendiri adalah perlaburan melalui pendidikan diri sendiri secara berterusan.  Anda melabur dengan melanjutkan pelajaran anda secara formal seperti menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dan lebih tinggi dari itu. Ia juga boleh dimaksudkan denagn rajin membaca majalah, buku dan kartas kerja yang berkaitan. Bukan itu sahaja ianya boleh diperolehi dari pengalaman orang lain dengan menghadiri ceramah dan yang lain-lain.

Saya beri satu contoh mudah, jika anda hanya ada diploma dalam bidang anda dan sekarang anda bekerja. Gaji anda perolehi mungkin RM 3000 dan anda menyambung pelajaran keperingkat ijazah. Setelah anda lulus anda telah diterima naik pangkat setaraf dengan sijil yang anda perolehi. Gaji anda meningkat ke RM4000, lebihan pendapatan anda sekarang RM1000 sebulan . jika disimpan lebihan gajinya selama 20 tahun anda akan perolehi lebih 1 juta berserta faedah, membuktikan perlaburan untuk diri sendiri adalah yang terbaik, tetapi dunia ini tidak semudah itu. Walaupun tidaklah faktor utama  untuk kaya adalah pendidikan tetapi ianya menjadi faktor penting untuk anda menjana lebih banyak pendapatan, menikmatinya dan mengekalkan kekayaan yang anda miliki.
Saya tidak memiliki sijil dalam bidang perniagaan, pengurusan atau kewangan secara formal dari universiti. Bidang yang saya belajar adalah sains komputer. Untuk mendapat ilmu pemasaran, perniagaan, pengurusan dan berkaitan dengan nya saya menbaca lebih 400 buah buku berkaitan denganya lebih dari 5 tahun kebelakangan ini.  Saya juga akan memastikan mencari ilmu dengan menghadiri ceramah motivasi dan teknikal berkaitan perniagaan dan pengurausan.

Perlaburan keatas diri sendiri berbeza dengan perlaburan jenis yang lain. Jika perlaburan lain seperti perlaburan hartanah anda boleh ditarik tanahnya dengan bank jika gagal membayar dan jika perlaburan saham ada turun naiknya. Perlaburan anda pada diri sendiri adalah perkara yang kekal. Tidak ada orang yang boleh merampas pengalaman dan pengetahuan anda. Anda juga akan dihargai lebih dan dibayar dengan apa yang anda laburkan.

Saya percaya dengan perlaburan pada diri sendiri anda akan meningkatkan motivasi anda dari hari ke hari. Cuba anda tanya diri anda sendiri, siapa diri anda 10 tahun dari sekarang?, bagaimana keadaan kewangan kita, anak-anak anda dan lain-lain, anda belum terlambat. Saya percaya jika dijaga dan dilatih dengan baik, minda anda boleh menjana pendapatan berkali-kali ganda. Minda akan mencetuskan idea. Peluang menjana pendapatan bukan boleh dilihat dari mata kasar tetapi ia akan datang dari rasa hati dan minda yang bernas.

Sekarang anda telah berilmu dengan melabur untuk menjadi lebih baik. Masalah yang timbul pula adalah ramai yang tidak dapat menjual kemahiran dan bakat yang ada pada mereka. Ramai yang mempunyai ilmu dan pengetahuan saya lihat dibayar gaji murah untuk apa yang mereka tahu. Beberapa hari lalu kereta saya rosak, seharian saya dirumah sahaja. Saya dibantu oleh seorang makanik kereta dengan hanya kurang 10 minit sahaja dia meperbaiki kereta saya. dia hanya meminta upah yang manimum.
Saya bertanya adakah dia mempunyai kedai sendiri sekarang. Dia tidak mempunyai kedai  sendiri dan bekerja dengan orang selama 15 tahun. 

Saya sungguh sedih dan mencadangkan dia berdikari belajar cara pemasaran dan cara menjana duit dari pengetahuan yang dia ada. Dia terkejut dengan membeliakkan mata bila saya katakan sepatutnya dia sudah berpendapatan RM10,000 sebulan. Dia terduduk dan termenung sebentar, dia baru tersedar yang dia punya bakat besar dan yang penting bagaimana memasarkan kemahiran nya. Pakej nya sudah cukup, dia pekerja rajin, berdidikasi dan berpengalaman luas. Apa yang perlu adalah bertindak untuk memperbaikinya.

Satu lagi contoh, beberapa tahun lalu saya didatangi seorang sahabat lama iaitu seorang dokter mata. Dia telah membuka kedai cermin mata dan berkorban hingga menjual rumah mereka dan tinggal di tingkat dua kedai cermen mata mereka. Selepas 3 tahun kedai mereka dari hari ke hari makin malap dan tidak banyak pelanggan. Alasan utamanya adalah kerana terlalu banyak persaingan dengan kedai cermin mata milik bangsa lain yang sudah lama dan memberi harga murah.

Saya memujuknya untuk meneruskan apa yang dia telah mulakan dengan hanya membetulkan beberapa strategi pemasaran. Pada mulanya dia buntu dan enggan ikut nasihat saya. saya meminta dia memberi ceramah percuma di sekolah tentang penjagaan mata dan memberi diskaun kepada para pelajar dan keluarganya sebanyak 50% kepada yang ingin membuat cermin mata pada hari minggu. Apa yang berlaku berduyun pelanggan baru datang dan dia mula tersenyum riang. Apa pegajaran yang kita dapat disini. Saya berpandangan, walaupun anda mempunyai ilmu anda juga perlu mengabungkan ilmu tersebut untuk diaplikasikan untuk membuat lebih banyak duit. Saya harap anda juga telah sedar, harga anda sebenarnya mahal. Bukan orang yang pandai selalunya tampil kedepan tetapi mereka yang lebih berani.

Tanya diri anda, apa kemahiran anda dan pengalaman anda yang ada untuk menjana duit. Percaya dengan diri anda dan jangan jadikan alasan untuk belajar menjadikan sebab anda tidak boleh berjaya. Tak kiralah anda bekerja dalam bidang apa sekarang, penulis, kerani, mekanik, professor dan yang lain saya pasti anda perkara yang masih tersembunyi membuatkan anda tersenyum menjana kewangan. Sudah, jangan cakap “saya tak tahu”, tak tahu belajar. Gabungan ilmu teknikal dan ilmu perniagaan membawa anda kepada satu tahap yang luar biasa.

Oleh sebab itu belajarlah dan ambil pengalaman dari sekecil dan serendah manapun peringkat anda, anda perlu tahu banyak perkara. Jika anda mempunyai restoran, anda perlu tahu dari perkara asas dapur hinggalah layanan pelanggan dan mengira akaun untung ruginya.

Disekolah atau ditempat kerja anda diajar terlalu terperinci tentang taknikal yang perlu anda tahu. Anda sebenarnya perlu tahu sedikit pengetahuan melihat bakat yang anda ada tadi diaplikasikan menjadi sebuah perkara yang boleh di niagakan. Anda perlu tahu sedikit sahaja untuk banyak perkara.

Dalam satu perjalanan kapal terbang satu ketika dulu, selalunya saya akan membaca buku didalam kapal terbang. Saya disapa seorang yang menghulurkan surat khabar kepada saya. saya menolak secara baik, dengan berkata beritanya banyak merosakkan saya. Dia berkerut dahinya, saya sambil berjenaka menyebutkan banyak unsur gossip sahaja bukan infomasi penting untuk saya. Dia meletak surat khabar tadi dan bertanya secara berminat pada saya. saya menyebutkan, jika anda tidak membaca beritanya hari ini pun anda akan mendapatkan berita itu dari perbualan anda dikedai kopi dengan rakan-rakan anda nanti. Semua rakan anda juga membacanya. Apa yang anda perlu baca sekarang beberapa perkara yang boleh membawa anda lebih maju dari masa ke semasa. Ini tidak bermakna sesuatu yang salah membaca surat khabar ya.

Saya pernah ditawarkan gaji yang sangat lumayan di kota raya suatu hari dulu di syarikat automoboil negara tempat kerja pertama saya bila saya mahu meletak jawatan. Pada masa itu saya tekat untuk saya sambung belajar diperingkat lebih tinggi. Di imbau kembali rupanya tindakan saya itu betul. Saya jadikan kerja untuk belajar sesuatu bukan untuk wang.

Perlaburan anda untuk pendidikan juga akan memastikan keluarga anda terus kaya. Dizaman saya sekarang, mereka yang berduit akan menghantar anak mereka mendapat pendidikan yang lebih baik, mungkin hingga keluar negara. Sedangkan mereka yang kurang duit akan menunggu dan berserah dengan nasib pembelajaran anak mereka. Tepuk dada tanya selera, lihat sahaja anak bangsa cina tentu anda faham apa yang saya maksudkan.

Dunia ini zalim, di Hospital jadual pembedahan diatur mengikut siapa yang lebih muda dan berkebarangkalian besar untuk terus hidup. Jika anda punya duit banyak, perkara itu juga akan diambil kira dengan factor besar. Walaupun nyawa di tangan Allah tetapi itu juga usaha. Anda akan dibuli terus menerus dengan system jika anda terus miskin, tidak berilmu dan hanya berharap sahaja.

Saya mencadangkan mereka yang ingin belajar kemahiran menjual, mereka boleh masuk dalam bidang MLM. Walaupun saya sendiri tidak pernah secara serious dalam bidang MLM tapi saya yakin ianya akan membawa anda kekuatan untuk memberanikan diri anda menjual, bercarita apa yang anda tahu dan berkongsi. Lama kelamaan anda boleh mengaitkan kemahiran anda untuk anda jual. Saya selalu dengar dari mereka yang bekerja, “saya boleh buat kerja, kalau jual menjual ni saya tak pandai. Saya mahu buat apa yang saya tahu sahaja”. Jika anda tidak mahu menukar pendirian ini dan tidak mahu belajar , anda akan kekal seperti ini walau 10 tahun yang akan datang.

"Setiap hari anda berbelanja dgn membayar wang kapada orang lain. Kenapa tidak anda fikirkan bagaimana orang lain boleh membayar setiap hari kepada kita pula mulai sekarang?"

Projek menulis buku :: Maaf sekiranya terdapat kesalahan bahasa dan ejaan . tak sempat nak edit.