Monday, June 22, 2015

Nasihat

Asam garam seorang peniaga
========================
.
Gila kerja vs kerja gila.
.
Ada orang tugur saya, bila berniaga kenapa nak menyeksa badan , kerja sampai lewat malam. Ayat lebih santap.."Gila bekerja sampai tak ingat dunia" katanya. Orang yang cakap tu dia bukan orang berniaga. Jadi dia tak tahu keadaan sebenarnya seorang berniaga.
.
Apa yang digambarkan orang berniaga ni bebas nak buat apa dia suka sebab syarikat sendiri. Orang berniaga sendiri ni boleh pergi pejabat sesuka hati. Orang berniaga ni boleh cuti bila-bila dia suka.
.
Sebenarnya
.
Orang berniaga ni kena kerja lebih lama dari orang makan gaji. Sebab duit gajinya setiap bulan masih dipoket orang lain. Kebergantungan yakin rezeki dari Allah.
.
Orang berniaga ni tak ada cuti. Staf cuti , bos yang ganti. Kalau untung syarikat, makan sama-sama. Kalau syarikat rugi, bos yang tanggung semua.
.
Mana ada jalan pintas
==================
.
Orang cina kat kampung saya buka kedai cermin mata. Buka jam 10 pagi sampai jam 10 malam. Kedai kawan saya yang melayu ni pulak tutup jam 6 petang. Mereka kata " harta bukan boleh masuk kubur ". Mereka suka hidup bersederhana katanya. Sederhana tu macam mana ?
.
Nasihat
======
.
Hidup dihutan jauh bezanya
.
Hidup dilaut tinggi ombaknya.
.
Saya sudah membuat keputusan besar. Saya membuat keputusan untuk berniaga. Berniaga membantu lebih ramai orang. Oleh itu saya perlu bekerja dan berniaga bersungguh.
Sebulan dua ni hidup saya tak keruan, mandi tak basah, tidur tak lena. Saya telah memulakan dua buah aktiviti bisnes baru. Sibuk mengatur dan berfikir setiap hari hingga lewat pagi.
Mengapa usahawan perlu begitu..
.
Kita tak boleh lambat, jika lambat masa memancong kita.
Kita tak boleh gagal, itu sebab kita perlu usaha sehabis daya.
Jika nak dapat idea kekadang berhari-hari diperah otaknya.
.
Keluarlah ideanya
.
Dah dapat idea terus mulakan seberapa segera.
Siapa kat sini berniaga macam saya. Say " saya beniaga jutawan "
.
‪#‎coachbahar‬.

No comments: