Tuesday, May 7, 2013

Pendatang halal dan pendatang haram..

Suasana hari minggu di Kuala Lumpur

Siapa yang kisah pun jika kita ke chow kit road dan petaling street mereka ini pendatang haram ke pendatang halal, lihat peniaga di tepi jalan. Tidak ada yang bertanya pun, ada 'visa' ke? ketika membeli barangan dari mereka. 

Hanya sesekali pihak berkuasa yang menegakkan undang-undang dan menangkap mereka kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah. tatapi rezeki yang mereka cari dengan cara yang halal.

"bang yang itu bang", "pak beli yang ini pak", "mas dibeli mas untuk isteri"...selalu kita dengar jika anda menyusuri jalan tadi. Mereka bekerja sehabis baik, bekerja semaksimum boleh dan serajin mungkin. kita bagaimana?, anak-anak kita? , anak saudara kita? dan akhirnya menyalahkan orang lain jika pendatang ini jadi kaya raya.

Jika benar salah kerajaan kemasukan terlalu ramai pendatang, apa tindakan anda jika anak bangsa sendiri tidak mahu bekerja?. saya juga sedang fikirkan bagaimana untuk diselesaikan perkara ini. itu perkara kurang penting, yang lebih penting adalah anda dan keluarga anda tidak mahu merebut peluang kekayaan negara, kita tidak mahu kaya dan membiarkan mereka kaya raya.

99 % orang yang banyak duit kerana bekerja kuat, 1 % sahaja sebaliknya. Adakah cukup dengan berasa selesa di bumi sendiri? Mungkinkah kita kekal menguasai apa yang kita miliki sekarang selama-lamanya?. Mungkinkah satu hari nanti orang asing datang memberi kita sejumlah wang untuk membeli tanah dan harta kita?. Mungkinkah orang asing boleh membeli tanah, dan membina rumah dan memberi sewa kepada kita semula?. oooh ya ke!!!! ianya sudah terjadi. orang beli tanah, bina rumah dan jual atau sewakan semula pada kita. Dulu kita tuan, kini mereka tuan. ada tanah, ada rumah di jual-jualkan. fikir-fikirkan, anda berfikir.

Masalah lebih besar sini adalah anda masih tidak sedar yang anda perlu bekerja lebih rajin, berniaga lebih kuat dan tidak bergantung kepada sesiapa. Anda perlu beli rumah di tengah bandar bukan di hujung kampung yang dijual balik pun tak ada harga. Saya bukan bawa isu orang asing , mereka tak ada salah. Sekarang saya mahu mengajak anda bertindak, jangan asik bercakap. Saya mengajak kami berusaha dan jangan selesa. Anda patut kaya dan rugi jika tidak menjadi kaya di Malaysia. Jika bukan untuk anda, ianya untuk anak-anak anda. Jika bukan untuk anda tetapi untuk maruah bangsa dan ugama anda.

Tuan puan, saya hanya ingin meminta anda berniaga, bekerja dengan lebih rajin. jangan berfikiran kolot, di dengki mereka yang datang ke sini, bukan salah mereka. bukan salah mereka pun mereka berniaga, bukan salah mereka pun mereka kaya. Fahamkan..

3 comments:

Anonymous said...

Setuju sangat dengan penulis. Mereka memang pandai berniaga sampaikan rumah sewa saya yang pada mulanya disewakan pada mereka, rupa-rupanya dia sewakan pula pada kawan-kawannya dengan margin lebih sikit sekitar RM50-RM70. Kalau sebulan..setahun, memang untung. Awesome.. So orang Melayu juga tetap dan masih layu, belum sedar!.

Anonymous said...

Maklumat yg sangat menarik..Melayu Islam mesti berubah utk masa depan anak - anak kita..

Qiya Saad said...

Setuju dgn pndapat abg..nak berniaga mesti berani ambil risiko, ada kesungguhan n yg penting sabar..bukan nya hari ni meniaga hari ni jgk nk untung..tanamkan minat neniaga dulu sebelum fikir keuntungan yg berlipat ganda tu.. :)