Saya minat
berniaga, sedari kecil lagi. Saya sudah mula berniaga dan mempunyai syarikat
sendiri seawal umur saya 21 tahun. Dari pengalaman menjaja ditepi jalan hingga
munguruskan projek bernilai jutaan ringgit didalam dan luar negara. Setiap
langkah dalam perniagaan memberikan suatu pengalaman yang baru bagi saya dan cukup
saya menghargainya. Sungguh banyak pengalaman manis dan pahit, saya lalui
semuanya dengan penuh minat.
Saya mula
diberikan kepercayaan mengepalai sebuah syarikat yang dulunya hanya mempunyai 2
orang pekerja hingga menjadi sebuah syarikat HOLDING dengan beberapa rangkaian
perniagaan lain, pekerjanya dari seorang berpendidikan paling tinggi dan jumlah
pekerja yang ramai. Saya juga berpengalaman mengurus berbagai ragam pekerja,
perunding, pelanggan, kerenah projek yang membuatkan saya matang dalam
perjalanan itu. Bukan itu sahaja menstukturkan semula hutang, projek yang
tertangguh dan memcari keuntungan sebuah syarikat ‘sakit’ kepada syarikat yang
berdaya saing bukan suatu yang mudah. Disamping itu saya juga memantau syarikat
D’impian Group yang kini sudah mempunyai 10 cabang perniagaan yang berlainan
bisnes dan berada di seluruh negara.
Dalam
perjalanan itu, saya membuat beberapa kesimpulan. Semua kejayaan bermula dengan KEPERCAYAAN,
perkara yang paling asas. Anda perlu percaya anda boleh Berjaya menjadi seorang
jutawan. Dari itu, baru anda boleh menjadi jutawan. Jika anda seorang pelajar,
anda perlu percaya anda boleh menjadi seorang pelajar terbaik. Jika anda berkerja
, anda perlu percaya yang anda boleh menjadi CEO dalam syarikat yang anda
berkerja sekarang suatu hari nanti.
Dari KEPERCAYAAN
anda perlu BERTINDAK kearah target
kepercayaan anda tersebut. Walau anda mempunyai impian setinggi gunung tetapi
anda tidak bertindak, berusaha dan bergerak sampai bila-bila pun impian tadi
tidak akan anda capai. Jika bernasib baik, anda capai kejayaan itu, kepuasan
sebenar pencapaian itu tidak anda rasai jika anda tidak berusaha sendiri
mendapatkanya. Untuk bertindak anda perlu menukar SIKAP kepada sikap positif, anda untuk lebih Berjaya. Gabungan
formula IMPIAN + KEPERCAYAAN + BERTINDAK + SIKAP positif akan menyebabkan tidak
boleh tidak anda akan tiba-tiba Berjaya.
No comments:
Post a Comment