Friday, September 14, 2012

Belajar dari pengalaman



Saya minat berniaga, sedari kecil lagi. Saya sudah mula berniaga dan mempunyai syarikat sendiri seawal umur saya 21 tahun. Dari pengalaman menjaja ditepi jalan hingga munguruskan projek bernilai jutaan ringgit didalam dan luar negara. Setiap langkah dalam perniagaan memberikan suatu pengalaman yang baru bagi saya dan cukup saya menghargainya. Sungguh banyak pengalaman manis dan pahit, saya lalui semuanya dengan penuh minat.

Saya mula diberikan kepercayaan mengepalai sebuah syarikat yang dulunya hanya mempunyai 2 orang pekerja hingga menjadi sebuah syarikat HOLDING dengan beberapa rangkaian perniagaan lain, pekerjanya dari seorang berpendidikan paling tinggi dan jumlah pekerja yang ramai. Saya juga berpengalaman mengurus berbagai ragam pekerja, perunding, pelanggan, kerenah projek yang membuatkan saya matang dalam perjalanan itu. Bukan itu sahaja menstukturkan semula hutang, projek yang tertangguh dan memcari keuntungan sebuah syarikat ‘sakit’ kepada syarikat yang berdaya saing bukan suatu yang mudah. Disamping itu saya juga memantau syarikat D’impian Group yang kini sudah mempunyai 10 cabang perniagaan yang berlainan bisnes dan berada di seluruh negara.

Dalam perjalanan itu, saya membuat beberapa kesimpulan.  Semua kejayaan bermula dengan KEPERCAYAAN, perkara yang paling asas. Anda perlu percaya anda boleh Berjaya menjadi seorang jutawan. Dari itu, baru anda boleh menjadi jutawan. Jika anda seorang pelajar, anda perlu percaya anda boleh menjadi seorang pelajar terbaik. Jika anda berkerja , anda perlu percaya yang anda boleh menjadi CEO dalam syarikat yang anda berkerja sekarang suatu hari nanti.

Dari KEPERCAYAAN anda perlu BERTINDAK  kearah target kepercayaan anda tersebut. Walau anda mempunyai impian setinggi gunung tetapi anda tidak bertindak, berusaha dan bergerak sampai bila-bila pun impian tadi tidak akan anda capai. Jika bernasib baik, anda capai kejayaan itu, kepuasan sebenar pencapaian itu tidak anda rasai jika anda tidak berusaha sendiri mendapatkanya. Untuk bertindak anda perlu menukar SIKAP kepada sikap  positif, anda untuk lebih Berjaya. Gabungan formula IMPIAN + KEPERCAYAAN + BERTINDAK + SIKAP positif akan menyebabkan tidak boleh tidak anda akan tiba-tiba Berjaya.