Tuesday, July 3, 2012

Dari CEO menjadi penjaja


Berapa agaknya gaji seorang CEO di syarikat besar?,  mungkin mencecah 30K sebulan. Punya kereta dan pemandunya, punya staf dibawahnya dan tinggal di banglo mewah. Tetapi akhirnya ramai mereka berhenti kerja dan mula berniaga sendiri kerana perasaan yang tidak bebas dan mahu terus memajukan diri. Saya punya beberapa rakan yang berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri. Ada yang berjaya ada tidak kurang juga terkandas di tengah jalan.

Jika anda salah seorang  yang berani itu, jangan risau. Anda hanya bertukar kerja tetapi anda tidak mengurangkan sedikit pun pendapatan anda, YAKIN lah. Dengan kemampuan anda berfikir dan bertindak untuk syarikat mereka sebelum ini tentu boleh diaplikasikan untuk diri sendiri. HANYA, untuk permulaan anda perlu bekerja kuat. Dulu punya pemandu, mungkin kini memandu sendiri. Mungkin dulu bekerja di dalam bilik berhawa dingin kini anda terpaksa menjaja di pasar malam, anda sanggup?. Jika jawapannya boleh, anda baca contoh-contoh dibawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.  

Saya boleh memberi  logic bagaimana anda mendapatkan pendapatan sebanyak itu dalam sebulan. Saya ada pengalaman punya kawan-kawan yang berniaga di pasar-pasar malam. Sebagai contoh di ibu kota satu ketika dulu, sahabat saya seorang warga Indonesia berniaga air tebu dan air kelapa. Tebu yang dibelinya hanya seringgit sebatang dan menjualnya dgn purata RM5 sebatang setelah diproses mejadi air tebu. Dia dapat menjual lebih kurang 50 batang sehari, dia juga menjual air lain. Duit keuntungan tebu sahaja dia perolehi sebanyak RM 160.00 sehari dicampurkan air lain mungkin mendapat purata RM300. Dia punya seorang pekarja yg menjaga dgn bergaji RM80 sehari. Keuntungan bersih nya sehari adalah RM 200,00.

Jika dia menjual hanya berniaga 20 hari sebulan, pendapatannya satu tempat adalah RM4000.00 sebulan. Tetapi jika dia mempunyai 10 tempat berlainan, purata pendapatannya mencecah 40 ribu sebulan. Ini adalah kenyataan bukan lagi angan-angan. Menjual air bermodalkan rendah dengan pendapatan tinggi. Tidak mustahil lah mereka boleh bermewah dengan kereta dan berumah besar.  

Saya pernah menjaja, saya punya pengalaman menjual kuih raya di pasar malam dgn pendapatan 30 ribu sehari. Saya juga pernah berniaga kasut dan baju di pasar malam dengan berpendapatan 2000 sehari. Jadi perkara ini bukan mustahil lagi.
Anda boleh membuat perkara yang hampir sama dengan produk yang boleh anda fikirkan ada permintaan. Sebagai contoh jika anda perasan di muar-batu pahat banyak yang menjual pau tanjung, pau pesta. Anda agak berapa pendapatan penguasa pau tersebut. Jika satu biji pau boleh untung 0.70 sen dan dia meletakkan oven @ tempat pemanas pau tersebut di seberapa banyak tempat yang boleh. Jika kita membeli, jarang kita beli satu tentu lebih. Jika sehari 1000 pau boleh dia jual sehari ..berapa pendapatan mereka sebulan?, anda bagaimana. Berusaha tangga kejayaan.

No comments: