Tuesday, July 31, 2012

Kemudahan Overdraft Bank






Info niaga :: Anda tahu kemudahan overdraft di bank?. Saya harap kalau anda kurang mengetahuinya, anda perlu belajar dengan membaca atau menuntut ilmunya. Overdraft adalah kemudahan dari bank tetapi jangan jadi liability pula pada kita. Anda boleh buat DUIT dengan adanya kemudahan overdraft sebenarnya dan saya telah menggunakanya, hasilnya sangat lumayan. Anda perlu melabur duit yang anda dapat kepada perkara yang lebih menguntungkan tetapi lebih dilihat terjamin seperti perlaburan hartanah dan emas, saya ada ceritanya...siapa nak ilmu ni? sila like.



Info Niaga Overdraft 1 :: Perkara pertama anda perlu buat adalah mendapatkan kemudahan overdraft dari bank, permulaan nya memang sukar tetapi boleh dapat bila dapat kepercayaan bank...ungkin perlu cagaran pada peringkat pertama. langkah ke-dua anda perlu faham dengan baik tetang overdraft ni dan terakhir anda perlu displan dalam mengawal kewangan.


Info Niaga Overdraft 2:: Ingat !. Anda perlu berhati-hati dgn overdraft. saya ceritakan rahsianya , overdraft sebulan di kenakan cas perkhidmatan 1-3% sebulan (sebenarnya boleh runding dgn bank dapat lebih rendah interest) . Jika anda ada anda ada overdraft 200 ribu untuk membeli sebidang tanah (murah) yang berhasil sawit lagi-lagi beli cash ( dapat 4 ekar kalau kat muar), bayaran sebulan untuk interest adalah hanya lebih kurang seribu lebih sebulan. hasil sawit anda sebulan adalah RM2000. Selepas beberapa lama anda dapat menjual tanah itu semula dengan harga 300,000, berapa untung anda. Anda mahu contoh lagi? sudah faham sedikit sekarang?

Sunday, July 29, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah


Hari ini 29 July 2012, jam 10:03 anak saya yang ke - 8 lahir dengan selamat. Perkara yang lebih mengembirakan adalah anak kami LELAKI setelah 6 anak kami sebelum ini perempuan. Saya dapat nikmat berganda, ceria berganda dan gembira berganda. Terima kasih sayang.

Penubuhan Yayasan ZABA

Alhamdulilah, apa yang saya pernah impikan untuk membangunkan sebuah yayasan yang menjalankan aktiviti kebajikan telah terlaksana. Insyaallah akan saya perjuangkan hingga ke anak cucu...

website :: yayasanzaba.blogspot.com


Sehingga jam 8.12 pagi 30 july 2012 sumbangan harian :: RM 600 dengan 3 penyumbang )

Update ProjekRayuanRamadhan : RM24,251.00

Target kami adalah 30K ...Insyaallah 

Sumbangan boleh dibuat (D IMPIAN INN) 501589003549 Maybank (Tabung Khas).

Sila hantarkan email kepada : mybaha76@yahoo.co.uk

Alhamdulilah dan Terima Kasih. " Tolong Kami Untuk Bantu Mereka "





Tip Berniaga di Internet


Info bisnes :: Terdapat 4 langkah menjana lebih ramai lagi prospek dalam bisnes kita melalui internet iaitu 1.membina kribaliti (tunjukan kepakaran @ services anda melalui tulisan, gambar atau vedio) 2. membina kepercayaan (trust) pelanggan terhadap kita 3. membina perhubungan antara kita dan bakal pelanggan 4. promosi facebook @ pagebook @ blog @ web syarikat anda. Sekurang-kurang nya 6 kali orang dengar dan lihat info tentang perkhidmatan @ barangan kita baru mereka percaya.


Info bisnes :: Selain daripada produk yang boleh di jual, anda juga boleh menawarkan dan menambahkan pelanggan anda melalui internet. Jika anda menawarkan perkhidmatan event management misalnya, berapa sangat sehari anda boleh berjumpa bakal pelanggan tetapi dengan menggunakan internet marketing anda boleh memberitahu beribu orang bakal pelanggan anda dalam sehari. cuba lah baru tahu.


Info bisnes On-line :: Anda perlu ada website menjual produk (yang saya panggil kedai @ gudang jualan) dan anda perlu ada penjual @ saleman (facebook, blog dan pelbagai cara pemasaran on-line) untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedai (website product) tadi dan membeli produk anda...paham ke ni...nak lagi info ..sila like


Info Niaga :: Terdapat 4 langkah menjadi usahawan internet . 1. Dapatkan produk 2. dapatkan talian internet 3. kebolehan menerima bayaran 4. promosi...senang kan..anda nak belajar?. Saya pernah mendapat hasil jualan lebih 2000 sehari dengan produk dijual bawah rm10. saya kongsikan secara percuma

Saturday, July 21, 2012

Memilih bisnes yang berkembang tetapi tidak memerlukan modal yang banyak



Tip perniagaan  101 :: Jika anda memilih untuk berniaga, mungkin antara panduan yang perlu anda ambilkira adalah dengan mencari bisnes yang berkembang tanpa memerlukan modal yang banyak.  Adalah satu perkara yang berbeza bisnes yang berkembang yang memerlukan modal yang banyak dengan bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak.  Saya beri contoh syarikat coca-cola, berpuluh tahun dalam perniagaan produk nya tetap sama. Mungkin syarikatnya hanya membuat perkembangan melalui sale, rekabentuk tin atau botol yang di ubah sedikit tetapi lebih menumpukan pemasaran, periklanan dan operasi. Ini tidak berlaku pada syarikat PROTON atau TOYOTA, setiap kali sebuah model baru dikeluarkan, research, prototype dan terpaksa membina pusat pengeluaran (kilang) yang baru untuk model yang baru. Mungkin pandauan ini dapat memberi fahaman kepada anda untuk memilih bisnes yang ingin anda ceburi. Panduan ini juga tidaklah secara totalnya menyangkal jenis model yang lain yang mempunyai kekuatan yang tersendiri. 

Tuesday, July 3, 2012

Dari CEO menjadi penjaja


Berapa agaknya gaji seorang CEO di syarikat besar?,  mungkin mencecah 30K sebulan. Punya kereta dan pemandunya, punya staf dibawahnya dan tinggal di banglo mewah. Tetapi akhirnya ramai mereka berhenti kerja dan mula berniaga sendiri kerana perasaan yang tidak bebas dan mahu terus memajukan diri. Saya punya beberapa rakan yang berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri. Ada yang berjaya ada tidak kurang juga terkandas di tengah jalan.

Jika anda salah seorang  yang berani itu, jangan risau. Anda hanya bertukar kerja tetapi anda tidak mengurangkan sedikit pun pendapatan anda, YAKIN lah. Dengan kemampuan anda berfikir dan bertindak untuk syarikat mereka sebelum ini tentu boleh diaplikasikan untuk diri sendiri. HANYA, untuk permulaan anda perlu bekerja kuat. Dulu punya pemandu, mungkin kini memandu sendiri. Mungkin dulu bekerja di dalam bilik berhawa dingin kini anda terpaksa menjaja di pasar malam, anda sanggup?. Jika jawapannya boleh, anda baca contoh-contoh dibawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.  

Saya boleh memberi  logic bagaimana anda mendapatkan pendapatan sebanyak itu dalam sebulan. Saya ada pengalaman punya kawan-kawan yang berniaga di pasar-pasar malam. Sebagai contoh di ibu kota satu ketika dulu, sahabat saya seorang warga Indonesia berniaga air tebu dan air kelapa. Tebu yang dibelinya hanya seringgit sebatang dan menjualnya dgn purata RM5 sebatang setelah diproses mejadi air tebu. Dia dapat menjual lebih kurang 50 batang sehari, dia juga menjual air lain. Duit keuntungan tebu sahaja dia perolehi sebanyak RM 160.00 sehari dicampurkan air lain mungkin mendapat purata RM300. Dia punya seorang pekarja yg menjaga dgn bergaji RM80 sehari. Keuntungan bersih nya sehari adalah RM 200,00.

Jika dia menjual hanya berniaga 20 hari sebulan, pendapatannya satu tempat adalah RM4000.00 sebulan. Tetapi jika dia mempunyai 10 tempat berlainan, purata pendapatannya mencecah 40 ribu sebulan. Ini adalah kenyataan bukan lagi angan-angan. Menjual air bermodalkan rendah dengan pendapatan tinggi. Tidak mustahil lah mereka boleh bermewah dengan kereta dan berumah besar.  

Saya pernah menjaja, saya punya pengalaman menjual kuih raya di pasar malam dgn pendapatan 30 ribu sehari. Saya juga pernah berniaga kasut dan baju di pasar malam dengan berpendapatan 2000 sehari. Jadi perkara ini bukan mustahil lagi.
Anda boleh membuat perkara yang hampir sama dengan produk yang boleh anda fikirkan ada permintaan. Sebagai contoh jika anda perasan di muar-batu pahat banyak yang menjual pau tanjung, pau pesta. Anda agak berapa pendapatan penguasa pau tersebut. Jika satu biji pau boleh untung 0.70 sen dan dia meletakkan oven @ tempat pemanas pau tersebut di seberapa banyak tempat yang boleh. Jika kita membeli, jarang kita beli satu tentu lebih. Jika sehari 1000 pau boleh dia jual sehari ..berapa pendapatan mereka sebulan?, anda bagaimana. Berusaha tangga kejayaan.