Tuesday, May 21, 2013
Nasihat kepada Usahawan on-line ::
Tahniah jika anda telah berniaga, tahniah juga jika perniagaan anda menggunakan media on-line. Media on-line seperti facebook, blog, website dan lain-lain ini kini makin terkenal dan mudah.
Dalam keseronokan anda berniaga saya nak cadangkan untuk anda memberi sedikit fokus kepada bisnes fizikal. Jika anda menjual tudung secara on-line misalnya anda perlu berjinak untuk mempunyai kedai tudung sendiri secara fizikal. Kenapa? bagus soalan tu.
Sebab bisnes yang terlalu bergantungan sukar juga, anda mesti faham dimana facebook hanya sau medan pemasaran , apa yang berlaku jika akaun facebook anda di block?, apa akan jadi jika pengedar anda tutup kedai?, apa akan jadi, apa sudah jadi...itu hanya beberapa contoh soalan.
Jika anda telah menikmati jualan berpuluh ribu dari berniaga on-line saya ucapkan tahniah tetapi anda perlu ...perlu ..... dan perlu memikirkan produk anda sendiri atau kedai anda sendiri.
hanya pandangan saya..
Wednesday, May 8, 2013
Rahsia Teknik Menjual Yang Unik bila Rasulallah berniaga yang harus di ikuti
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?
Tuesday, May 7, 2013
Pendatang halal dan pendatang haram..
Suasana hari minggu di Kuala Lumpur |
Hanya sesekali pihak berkuasa yang menegakkan undang-undang dan menangkap mereka kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah. tatapi rezeki yang mereka cari dengan cara yang halal.
"bang yang itu bang", "pak beli yang ini pak", "mas dibeli mas untuk isteri"...selalu kita dengar jika anda menyusuri jalan tadi. Mereka bekerja sehabis baik, bekerja semaksimum boleh dan serajin mungkin. kita bagaimana?, anak-anak kita? , anak saudara kita? dan akhirnya menyalahkan orang lain jika pendatang ini jadi kaya raya.
Jika benar salah kerajaan kemasukan terlalu ramai pendatang, apa tindakan anda jika anak bangsa sendiri tidak mahu bekerja?. saya juga sedang fikirkan bagaimana untuk diselesaikan perkara ini. itu perkara kurang penting, yang lebih penting adalah anda dan keluarga anda tidak mahu merebut peluang kekayaan negara, kita tidak mahu kaya dan membiarkan mereka kaya raya.
99 % orang yang banyak duit kerana bekerja kuat, 1 % sahaja sebaliknya. Adakah cukup dengan berasa selesa di bumi sendiri? Mungkinkah kita kekal menguasai apa yang kita miliki sekarang selama-lamanya?. Mungkinkah satu hari nanti orang asing datang memberi kita sejumlah wang untuk membeli tanah dan harta kita?. Mungkinkah orang asing boleh membeli tanah, dan membina rumah dan memberi sewa kepada kita semula?. oooh ya ke!!!! ianya sudah terjadi. orang beli tanah, bina rumah dan jual atau sewakan semula pada kita. Dulu kita tuan, kini mereka tuan. ada tanah, ada rumah di jual-jualkan. fikir-fikirkan, anda berfikir.
Masalah lebih besar sini adalah anda masih tidak sedar yang anda perlu bekerja lebih rajin, berniaga lebih kuat dan tidak bergantung kepada sesiapa. Anda perlu beli rumah di tengah bandar bukan di hujung kampung yang dijual balik pun tak ada harga. Saya bukan bawa isu orang asing , mereka tak ada salah. Sekarang saya mahu mengajak anda bertindak, jangan asik bercakap. Saya mengajak kami berusaha dan jangan selesa. Anda patut kaya dan rugi jika tidak menjadi kaya di Malaysia. Jika bukan untuk anda, ianya untuk anak-anak anda. Jika bukan untuk anda tetapi untuk maruah bangsa dan ugama anda.
Tuan puan, saya hanya ingin meminta anda berniaga, bekerja dengan lebih rajin. jangan berfikiran kolot, di dengki mereka yang datang ke sini, bukan salah mereka. bukan salah mereka pun mereka berniaga, bukan salah mereka pun mereka kaya. Fahamkan..
Monday, May 6, 2013
Hidup anda Selesa ?
Sikap yang terlalu selesa dengan keadaan sekarang selalunya berlaku pada orang kita. berharap dengan pertolongan dan bantuan dari kerajaan, ibu bapa dan saudara mara. Kononnya ini tempat kita, ini negara kita dan kita ada kelebihan di tempat sendiri.
Saya sudah sampai lebih 40 negara dan saya pernah tinggal di luar negara selama lebih 5 tahun. Jika di luar sana orang melayu dan orang malaysia semuanya rajin belaka, dan mereka menempa pelbagai kejayaan yang membanggakan. Jika di luar, kita terpaksa membuat apa yang terbaik bak kata orang 'do or dir' alasanya itu bukan negara kita. begitu jugalah orang asing yang berkerja di Malaysia, mereka terpaksa membuat yang terbaik berbanding orang tempatan yang boleh 'balik tanam kampung , tanam jagong", itu pun kalau masih ada kampung.
Saya teringat dengan satu cerita, cerita pasal katak. katak ini adalah seekor katak di dalam periuk yang diletakkan di atas api untuk di rebus. bayangkan keadaaan katak tersebut, semasa baru di letak atas api airnya masih sejuk. Sekian lama di rebus, airnya menjadi suam, katak masih berenang dengan gembira. Air menjadi panas , katak makin selesa seperti dalam SPA atau 'jacuzzi' dan tidak mengindahkan keadaan sekeliling yang panas sedikit.
Tetapi , apabila air mendidih katak tidak mampu berbuat apa-apa. katak itu mati katak dalam periuk tadi dengan tidak di sangka-sangka perubahan yang berlaku. katak tersebut berada di dalam keadaan selesa dan leka dan secara tiba-tiba situasi membunuh tiba.
keadaan ini seperti dalam kehidupan seharian sama ada anda seorang pelajar sekolah, atau pelajar universiti, pekerja atau peniaga, atau ahli politik mahupun rakyat biasa. Selalunya terjadi keadaaan selesa di dalam hidup kita, di mana kita mengecapinya dan tidak merancang untuk melakukan sesuatu untuk pergi ketahap yang lebih baik.
kita seronok dengan menikmati keselesaan tersebut sehinggalah persekitaran berubah yang memaksa kita berubah. pada ketika itu kita telah terlambat untuk melakukan sesuatu.
Anda jangan terlalu selesa dangan keadaan sekarang, jika anda seorang ahli politik dan menang pilihanraya misalnya bekerjalah sedaya upaya untuk rakyat jika tidak anda akan di ganti untuk pilihanraya yang akan datang. Jangan terlalu alpa dengan perhormatan dan orang berebut-rebut nak bersalam dengan anda ketika anda ada kuasa, jika tiada kuasa tiada siapa yang pandang. betul kan ini hakikatnya...
Jika anda berniaga, perlu sentiasa peka dengan perubahan terkini. Misalnya, dulu anda berniaga dan terpaksa berjumpa orang untuk membuat pemasaran. sekarang anda perlu tahu adanya media sosial dan kuasa internet. Anda perlu melihat dimanakah media baru ini boleh membantu meningkatkan jualan anda. Jika tidak, anda akan tertinggal dengan pesaing anda.
Jika anda masih bekerja, lebihlah anda perlu berjaga-jaga. Sekelip mata anda akan kehilangan kerja dengan pelbagai sebab rapuh, tak kisahlah jika anda orang kerajaan atau orang kerja swasta. Keadaan bos tak suka anda, keadaan anda tak suka bos, keadaan pejabat dan suasana tempat kerja baru kurang sesuai, keadaan anda sakit secara tiba-tiba, keadaan anda dipaksa berhenti sebab kilang nak tutup operasinya.
Ianya benar, bukan saya sengaja nak takut-takutkan anda.... anda boleh nilai sendiri. Moga ada sesuatu yang bermakna dari apa yang saya sampaikan..... Sekarang, anda perlu memikirkan dan merancang masa depan anda dan keluarga anda, selamat bekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)