Wednesday, October 24, 2012

Rahsia Keajaiban Rezaki (1):: Percaya pada keupayaan diri dan berfikiran besar.


Rahsia Keajaiban Rezaki (1):: Percaya pada keupayaan diri dan berfikiran besar.

Dulu saya berfikiran kecil, selalu saya takut dengan apa yang saya impikan. Rupanya bila saya takut untuk bercita-cita besar saya semakin jauh dengan impian saya tadi. Semua perkara yang saya impikan menjadi sukar dan susah untuk saya dapat.   Menyebabkan saya akan terlalu kecewa jika saya tidak mencapai apa yang saya inginkan.

Pada masa itu, saya hanya percaya logic biasa. Sebagai seorang anak muda yang baru habis degree cukuplah bergaji lima ribu, cukuplah sebuah kereta, cukuplah mencari dan mengumpul duit untuk  sedikit-sedikit untuk bernikah. Saya tidak terfikir dan mungkin boleh pengsan jika diberikan impian yang terlalu besar, contohnya “Aku boleh bergaji 30 ribu sebulan , memakai kereta Mercedes dan membeli rumah bernilai sejuta”. Walaupun pada masa saya berumur 22 saya telah ada pengusahaan dan perniagaan sendiri. Saya menjadi orang biasa-biasa. Saya yakin, anda juga begitu...Lalu saya menghampiri kegagalan disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.

Jika hanya yakin pada diri sendiri itu namanya takabur...tetapi jika kita percaya dengan diri sendiri dan yakin dengan kekuasaan Allah itu namanya iman. Saya mula bergerak mempercayai dan berimpikan perkara yang besar-besar. Rupanya jika keyakinan pada Allah bertambah  dan percaya semua nya datang dariNYA semua perkara yang susah dan mustahil tadi menjadi senang dan mudah.

Saya beri cntoh apa yang berlaku pada saya. saya mengimpikan untuk ke mekkah menunaikan umrah dan haji. Saya fikir pada mulanya satu perkara yang sukar, duit belanja, tinggal isteri dan anak, bagaimana kerja saya dan tentu jika saya sudah tua baru dapat saya kesana.
Saya menukar impian, saya berdoa untuk  pergi ke mekkah bersama keluarga saya, Allah tunaikan hajat saya hanya dalam 3 bulan saya setkan impian tadi. tiba-tiba rezaki saya berlempah ruah, saya dapat menunaikan umrah dan ditambah bonus dapat bersama semua 11 orang keluarga saya bersama ibu saya dan dapat menaja mereka kesana. Bila dapat membawa ibu saya yang sudah tua dgn berkerusi roda mencapai impian nya...setiap kali saya ingat perkara ini saya akan mengalirkan air mata bersyukur. Alhamdulilah setiap tahun dapat saya menghantar sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga saya ke Mekkah ...insyaallah saya nak seramai mungkin merasa pengalaman yang indah ke sana..doakan saya

Anda perlu berusaha, berserah, terima seadanya, ulang semula dari yang pertama. Saya dan anda perlu bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Ramai orang yang saya jumpa tidak mempunyai cita-cita besar. Mereka kata “saya tidak perlu kaya, saya bersyukur dengan apa yg ada. Dah ada sebiji rumah, cukup makan dan pakai, boleh hantar anak belajar...cukuplah. jadi kaya nanti susah..mungkin jadi sombong, lupa Allah ...bla-bla”. Tetapi apa yang saya pelik, mereka masih bertungkus lumus 8 jam bekerja mencari duit, ada yang berebut jawatan dan politik pejabat semata untuk mendapat gaji lebih...eh jangan marah , jangan terasa..saya bukan cakap anda....orang kebanyakan

Sebanarnya orang seperti diatas tadi adalah orang yang ego dan pentingkan diri sendiri. Dia hanya mementingkan dirinya sahaja, tidak memikirkan orang lain sekolah ke tidak, makan ke tidak danseterusnya.. Jika dia makan, bagaimana jiran nya?, jika anaknya belajar, berapa ramai orang yang tidak mampu lagi utk belajar. Apa salahnya anda bercita-cita utuk memberi seramai orang belajar dengan memberi biasiswa kepada mereka. Orang biasa akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan penajaan tetapi orang yang Berjaya berfikir bagaimana untuk boleh memberi biasiswa. Orang biasa fikir bagai mana nak dapat perkhidmatan hospital percuma, orang yang Berjaya berfikir bagaimana mahu membina hospital untuk diberi percuma kepada seramai mungkin..dan seterusnya.  

saya selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga punya kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh membantu mereka memiliki kereta. Saya berf impikan untuk kaya dan saya mahukan kayakan seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saha mahukan sekolahkan seramai orang yang boleh....kenapa? anda tidak percaya?...saya percaya saya dan anda boleh melakukanya. Jangan terlalu asik melihat dan bercakap kejayaan orang lain sehingga terlupa anda juga mampu Berjaya.
Jadinya bagaimana?. Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah dari sekarang...sekarang..sekarang...ya sekarang. Mulakan dengan yang kecil dan apa yang anda tahu, tidak perlu modal besar, jadikan mulut, krativiti fikiran dan tenaga anda sebagai modal pertama anda.
Kenangan bersama mak kat mekkah

Saya akan ceritakan sahabat saya yang jatuh dalam perniagaan nya, hilang segalanya ...dia tanpa modal, dengan keyakinan diri dan kepacayaan pada kekuasaan ALLAH dia bangkit semula dengan lebih Berjaya dalam perniagaan...asalkan nak ....

Saya hanya berkongsi cerita, maafkan saya jika ada pandangan yang keterlaluan..yang baik dari Allah dan kurang baik itu dari kejahilan saya sendiri.

Friday, October 19, 2012

15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-


15) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan. 

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

14) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

13) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

12) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

11) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.

10) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkanranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

9) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

7) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda :Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.

6) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

5) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.

4) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

3) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?

2) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

1) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

Friday, September 14, 2012

Belajar dari pengalaman



Saya minat berniaga, sedari kecil lagi. Saya sudah mula berniaga dan mempunyai syarikat sendiri seawal umur saya 21 tahun. Dari pengalaman menjaja ditepi jalan hingga munguruskan projek bernilai jutaan ringgit didalam dan luar negara. Setiap langkah dalam perniagaan memberikan suatu pengalaman yang baru bagi saya dan cukup saya menghargainya. Sungguh banyak pengalaman manis dan pahit, saya lalui semuanya dengan penuh minat.

Saya mula diberikan kepercayaan mengepalai sebuah syarikat yang dulunya hanya mempunyai 2 orang pekerja hingga menjadi sebuah syarikat HOLDING dengan beberapa rangkaian perniagaan lain, pekerjanya dari seorang berpendidikan paling tinggi dan jumlah pekerja yang ramai. Saya juga berpengalaman mengurus berbagai ragam pekerja, perunding, pelanggan, kerenah projek yang membuatkan saya matang dalam perjalanan itu. Bukan itu sahaja menstukturkan semula hutang, projek yang tertangguh dan memcari keuntungan sebuah syarikat ‘sakit’ kepada syarikat yang berdaya saing bukan suatu yang mudah. Disamping itu saya juga memantau syarikat D’impian Group yang kini sudah mempunyai 10 cabang perniagaan yang berlainan bisnes dan berada di seluruh negara.

Dalam perjalanan itu, saya membuat beberapa kesimpulan.  Semua kejayaan bermula dengan KEPERCAYAAN, perkara yang paling asas. Anda perlu percaya anda boleh Berjaya menjadi seorang jutawan. Dari itu, baru anda boleh menjadi jutawan. Jika anda seorang pelajar, anda perlu percaya anda boleh menjadi seorang pelajar terbaik. Jika anda berkerja , anda perlu percaya yang anda boleh menjadi CEO dalam syarikat yang anda berkerja sekarang suatu hari nanti.

Dari KEPERCAYAAN anda perlu BERTINDAK  kearah target kepercayaan anda tersebut. Walau anda mempunyai impian setinggi gunung tetapi anda tidak bertindak, berusaha dan bergerak sampai bila-bila pun impian tadi tidak akan anda capai. Jika bernasib baik, anda capai kejayaan itu, kepuasan sebenar pencapaian itu tidak anda rasai jika anda tidak berusaha sendiri mendapatkanya. Untuk bertindak anda perlu menukar SIKAP kepada sikap  positif, anda untuk lebih Berjaya. Gabungan formula IMPIAN + KEPERCAYAAN + BERTINDAK + SIKAP positif akan menyebabkan tidak boleh tidak anda akan tiba-tiba Berjaya.  

Thursday, August 2, 2012

3J (Jimat,Jual dan Jana)

Setiap hari ada sahaja berita tentang barangan naik harga lah, minyak naik harga lah, ikan naik harga lah... sampai bila kita perlu takut dengan perkara-perkara tersebut dan menunggu kenaikan gaji kita. Saya berikan beberapa step untuk menjana pendapatan pada anda dan keluarga anda. 
1. Belajar bagaimana utk mendapat pendapatan yg lebih
2. Perlu apply 3J dalam hidup anda (Jimat, Jual dan Jana)
Anda belajar sesuatu ?


Tip 3J (Jimat,Jual,Jana) 1:: Jimat. Apa yang perlu anda jimat? cuba lihat semula bil telipon anda adakah terlalu banyak, makanan yang anda makan, pakaian yang anda beli, electric dirumah dan lain-lain. Jimat disini bukan sampai kedekut tetapi lebih prihatin dalam pembelanjaan, mencari beberapa barangan yg ada potongan harga dan cuba menyimpan lebihan pendapatan anda


Tip 3J (Jimat,Jual,Jana) 2:: Jual; Kalau kita tak berniaga, anda juga boleh menjual secara kecil-kecilan. Cuba tengok di rumah kita barangan yg lama tidak dipakai tetapi masih elok (second hand) boleh anda jual seperti baju, kasut, buku, surat khabar lama atau alat senaman. Selain dari itu anda juga boleh menjual services sebagai contoh anda pandai gunting rambut, mengajar make-up, buat kek. Anda juga boleh buat secara kecil-kecilan dgn beli tudung jual tudung dll. faham tak ni.....


Tip 3J (Jimat,Jual,Jana) 3:: Jana; start to invest, tapi pastikan perlaburan yang betul. contohnya anak saudara anda mahu berniaga kecil-kecilan anda jadi smart partnership mereka dapat keuntungan bersama, melabur di ASB, MONEY MAKE MONEY ianya perlu sedikit keberanian....jangan mengomel, jangan mengeluh lagi...make action ya kekawan. Saya doakan anda ceria dan terus bahagia.

Tuesday, July 31, 2012

Kemudahan Overdraft Bank






Info niaga :: Anda tahu kemudahan overdraft di bank?. Saya harap kalau anda kurang mengetahuinya, anda perlu belajar dengan membaca atau menuntut ilmunya. Overdraft adalah kemudahan dari bank tetapi jangan jadi liability pula pada kita. Anda boleh buat DUIT dengan adanya kemudahan overdraft sebenarnya dan saya telah menggunakanya, hasilnya sangat lumayan. Anda perlu melabur duit yang anda dapat kepada perkara yang lebih menguntungkan tetapi lebih dilihat terjamin seperti perlaburan hartanah dan emas, saya ada ceritanya...siapa nak ilmu ni? sila like.



Info Niaga Overdraft 1 :: Perkara pertama anda perlu buat adalah mendapatkan kemudahan overdraft dari bank, permulaan nya memang sukar tetapi boleh dapat bila dapat kepercayaan bank...ungkin perlu cagaran pada peringkat pertama. langkah ke-dua anda perlu faham dengan baik tetang overdraft ni dan terakhir anda perlu displan dalam mengawal kewangan.


Info Niaga Overdraft 2:: Ingat !. Anda perlu berhati-hati dgn overdraft. saya ceritakan rahsianya , overdraft sebulan di kenakan cas perkhidmatan 1-3% sebulan (sebenarnya boleh runding dgn bank dapat lebih rendah interest) . Jika anda ada anda ada overdraft 200 ribu untuk membeli sebidang tanah (murah) yang berhasil sawit lagi-lagi beli cash ( dapat 4 ekar kalau kat muar), bayaran sebulan untuk interest adalah hanya lebih kurang seribu lebih sebulan. hasil sawit anda sebulan adalah RM2000. Selepas beberapa lama anda dapat menjual tanah itu semula dengan harga 300,000, berapa untung anda. Anda mahu contoh lagi? sudah faham sedikit sekarang?

Sunday, July 29, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah


Hari ini 29 July 2012, jam 10:03 anak saya yang ke - 8 lahir dengan selamat. Perkara yang lebih mengembirakan adalah anak kami LELAKI setelah 6 anak kami sebelum ini perempuan. Saya dapat nikmat berganda, ceria berganda dan gembira berganda. Terima kasih sayang.

Penubuhan Yayasan ZABA

Alhamdulilah, apa yang saya pernah impikan untuk membangunkan sebuah yayasan yang menjalankan aktiviti kebajikan telah terlaksana. Insyaallah akan saya perjuangkan hingga ke anak cucu...

website :: yayasanzaba.blogspot.com


Sehingga jam 8.12 pagi 30 july 2012 sumbangan harian :: RM 600 dengan 3 penyumbang )

Update ProjekRayuanRamadhan : RM24,251.00

Target kami adalah 30K ...Insyaallah 

Sumbangan boleh dibuat (D IMPIAN INN) 501589003549 Maybank (Tabung Khas).

Sila hantarkan email kepada : mybaha76@yahoo.co.uk

Alhamdulilah dan Terima Kasih. " Tolong Kami Untuk Bantu Mereka "