Friday, January 11, 2013

January 2013 :: Business Model Canvas Seminar


The Business Model Canvas seminar will provide insights to how you can Transform Your Business.

"Great opportunity to step outside your business and look at it strategically."
"Really informative, motivating and thought provoking."
"The canvas is spectacularly good and I will use it with my business and clients."
"A great opportunity to look at our business from the outside."
"Helpful, lots to think about and also a great tool for some current tender process I am currently involved in."




"Business Model Canvas Workshop"

Saya ajarkan step by step dan terus boleh digunakan untuk perniagaan anda. Tidak perlu anda membaca buku, menganalisa lagi dan saya akan ajarkan dari pengalaman saya menguruskan 20 syarikat dengan menggunakan model ini.  sama ada untuk yang baru bermula atau sudah lebih 10 tahun berniaga boleh join. biar hanya sekecil kedai nasi lemak hingga syarikat di bursa saham.

YURAN :: 250 SEORANG (Harga biasa RM1499 seorang) utk 20 orang pertama.

TEMPAT :: D'IMPIAN INN HOTEL, SHAH ALAM. SEKSYEN 15, SHAH ALAM

TARIKH :: 19 JANUARY 2013 (SABTU : 9 PAGI - 5 PETANG.

Bayaran kepada ::

Baharuddin Mohamed (Maybank Acc: 151052252907)
Tuan dan puan MESTI email pembuktian bayaran kepada mybaha76@yahoo.co.uk
dgn sertakan 1)NAMA PENUH 2)Phone Number 3) Alamat Email

terima kasih.


Thursday, January 10, 2013

Kuasai formula baru dan belajar dengan cepat

Nasi beriani Batu Pahat

Di Batu Pahat, makanan yang selalu di sebut orang adalah nasi beriani. Anda perlu belajar masak nasi beriani, perlu tahu resipinya, kalau tak ingat ditulis dalam buku dan melihatnya semula bila hendak memasak. Orang kata kalau nak masakan nya sedap perlulah belajar pada mereka yang pakar dan lama memasak dan berniaga nasi beriani. Nasi beriani gam dan beriani power kambing selalu disebut-sebut disini. Begitu juga halnya syarat yang sama diperlukan untuk memjana wang, anda perlu tahu bagaimana resipinya membuat duit.

Kita adalah apa yang kita pelajari. Anda akan berubah cara pemikiran anda hari ini berbanding semalam bergantung kepada buku yang anda baca dan orang yang anda jumpa. Jadi, berhati-hati siapa yang kita jumpa kerana minda boleh mempengaruhi keputusan kita setiap hari.

Di sekolah atau universiti mengajar formula yang sama iaitu bekerja demi wang, belajar bagaimana bekerja untuk mendapatkan wang. Formula biasa adalah ramai orang bangun tidur, pergi kerja, tunggu gaji, bayar bil, kadang-kadang menyimpan, melabur dan pergi kerja semula. Ini formula asas atau resipinya. Jika anda bosan atau penat dengan apa yang sedang anda buat, caranya mudah dengan menukar formula diatas yang dapat menjana wang.

5 tahun dulu saya menghadiri sebuah seminar mengenai hartanah di Kuala Lumpur. Dari hari itu saya minat belajar mengenainya setiap hari. Seterusnya saya mempraktikkan apa yang diajar dan akhirnya saya telah membuat untung yang banyak dari perlaburan yuran dalam kursus itu, sangat banyak beribu kali ganda. Maksudnya saya telah belajar formula atau rasipi baru bagaimana menjana wang dan mengaplikasinya. Malangnya ramai diantara kita telah banyak belajar formula tetapi tidak diguna pakai. Berapa lama pun anda belajar, berapa banyak pun buku yang anda baca, berapa ramai pun pakar yang anda jumpa tetapi anda belum bermula ianya tidak ada apa-apa makna.  

Saya sudah suka dengan formula tersebut, cara baru menjana wang. Selepas menguasainya saya mencari peluang mempelajari formula baru. Saya baca lebih banyak buku, saya hadir lebih banyak seminar dan bengkel. Saya akui bukan semua maklumat saya terima digunapakai. Memang banyak bengkel, seminar dianjurkan tetapi banyak mengajar dalam pelaburan tradisional. Kolej-kolej, sekolah atau university itu ilmunya baik, bagus untuk bermula. Tetapi saya selalu mencari formula yang lebih pantas. Belajar dengan pantas dan mengaplikasikan dengan pantas. Dengan formula itu, anda boleh menjana wang pendapatan setahun anda sebelum ini dengan hanya bekerja sehari.  Ianya bukan mustahil.

Saya percaya, dalam dunia serba pantas ini apa yang kita tahu tidak lagi diambil kira kerana selalunya apa yang kita tahu adalah perkara lama. Yang lebih penting dan diambilkira adalah berapa cepat kita belajar mengaplikasikannya. 

Wednesday, January 9, 2013

Peraturan 7 :: Pilih kawan anda


Nabi s.aw. bersabda... 

"Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu "

Saya tidak memilih kawan mengikut penyata kewangan mereka. Saya mempunyai kawan yang pelbagai dari yang bergelaran tan sri, berpangkat dan jutawan mahupun orang biasa-biasa. Pekara yang paling penting bagi saya adalah saya belajar setiap hari dengan mereka. Jika saya berkawan saya akan sangat setia.
Benar, ada beberapa orang yang saya berkawan mereka mempunyai wang yang banyak. Tetapi bukan wang mereka yang saya kejar, saya mahu belajar dari mereka. Ramai yang saya berkawan berpangkat, juga sebab pangkat mereka tetapi banyak pengalaman mereka yang saya dapat. Saya banyak belajar dari pengalaman orang lain untuk mematangkan diri saya. Semua pengalaman tersebut saya bandingkan dalam saya membuat keputusan masa depan.

Saya dapati kawan yang mempunyai wang akan bercakap tentang wang dengan positif. Mereka tidak menunjuk-nunjuk tetapi suka bercakap dan berbincang berkenaan hal tersebut. Oleh itu saya belajar dari mereka dan sesekali mereka belajar dari saya. sebaliknya rakan-rakan saya yang mempunyai masalah kewangan tak suka bercakap tentang pelaburan, kewangan dan kekayaan tetapi saya masih belajar dari mereka iaitu jalan yang patut saya elakan. Mereka berkata hal kewangan adalah sangat sensatif dan terlalu pribadi untuk diperbincangkan dengan mereka.

Ada satu cerita yang sangat menyentuh perasaan saya. saya mempunyai seorang kawan yang sangat Berjaya mempunyai 30 syarikat, warak dan mempunyai ramai pekerja. Beliau menjana jutaan ringgit setiap bulan. Dia masih mempunyai kawan-kawan yang biasa-biasa dan mereka yang biasa-biasa itu tidak pernah datang bertanya dengan beliau bagaimana menjana duit dan tak pernah belajar dari beliau. Tetapi mereka berjumpa beliau kerana mahu memohon kerja atau mahu meminjam duit. Beliau bukan seorang yang taksub dengan duit, beliau tetap memberikan kepada mereka tetapi mereka yang miskin tidak belajar dan akan tetap miskin.
Itu sebabnya, jika anda seorang usahawan jangan dengar cakap 90% orang biasa-biasa yang diluar. Bukan sombong, tetapi mereka sedang berkeadaan takut dan miskin. Saya juga sayangkan mereka seperti anda tetapi dalam diri mereka ada chicken little. Biasanya jika bercakap tentang kewangan, chicken little akan mula bersuara “jangan...lari... hujan mahu turun”. Mereka selalunya takut dan mempunyai pendapat sendiri semua yang akan dibuat akan menemui kegagalan. Akhirnya jika anda dengar cakap mereka .

Saya mempunyai ramai kawan yang boleh menasihatkan saya tentang pelaburan. Seorang kawan selalu menakut-nakutkan saya dengan beberapa pelaburan yang saya lakukan dan masih meminta masuk dalam pelaburan yang dia buat. Dipuji-puji pelaburan nya terjamin, selamat, senang. Tetapi sudah 5 tahun berlalu dia masih mendapat pulangan 6% setahun dan saya mendapat lebih 25% pulangan setahun. Bagaimana jika saya ikut cakap beliau pada 5 tahun dulu. Sebenarnya semuanya keputusan diatas tangan kita.

Suatu sikap yang paling sukar dalam diri dalam membina kekayaan dan kebahagiaan adalah bersikap jujur kepada diri sendiri dan rela tidak mengikut cakap orang lain. Di pasaran, ramai orang yang akan mebeli saham yang telah dijual tinggi harganya dan dilihat berpotensi masa depan, sebenarnya dia telah disembelih dengan harga tinggi. Hanya sedikit mereka yang membeli saham dengan harga rendah dan bersabar menunggu harga sahamnya meningkat dan percaya dengan keupayaan syarikat yang dilaburkan tadi. Perkara ini sukar bagi banyak pelabur kerana membuat sesuatu menentang arus dan tidak popular juga keputusan yang menakutkan. Tetapi anda akan berkeuntungan tinggi jika Berjaya mempercayai diri anda.

Saya pernah berniaga dan melaburkan semua wang saya dengan menjual kuih raya, ramai orang cakap saya akan bankrupt kerana kuih yang saya beli untuk stok yang sangat banyak dan saya kurang pengalaman dalam perniagaan pada masa itu. Saya percaya dengan diri saya dan  akhirnya semua kuih tersebut habis dijual dengan untung berlipat kali ganda. Anda boleh membacanya di sini (http://mybaha76.blogspot.com/2011/09/bab-18-kerja-sebulan-makan-setahun-satu.html ). juga peristiwa saya membeli 40 ribu pasang kasut kawat dengan harga murah dan menjualnya sedikit-sedikit dengan keuntungan berlipat kali ganda pada hujungnya, akan saya ceritakan.

Akhirnya, berkawanlah biar seribu dan usahlah bermusuh biar pun satu. Anda boleh melihat diri anda dengan 5 orang yang biasa dengan anda. Jika kawan anda positif dan suka dengan kejayaan, anda akan Berjaya. Perkara sebaliknya akan berlaku jika anda memilih pada mereka yang berfikiran negative anda akan negative dalam semua perkara. Anda ada kuasa memilih, itu pilihan anda. Maafkan saya

Seminar mengenal potensi perniagaan anda

9/10 punca rezaki datangnya dari berniaga

Siapa nak berniaga, tapi tak tahu macam mana nak mula?, siapa dah berniaga dan nak banyak cawangan dan jenis perniagaanya dan banyak untungnya?, siapa yang dah berniaga lama tapi rugi sahaja...saya ajarkan caranya.

Saya jemput anda menghadiri seminar bersama saya "Seminar mengenal potensi perniagaan anda".

YURAN promosi:: BIASANYA RM 499 SEORANG (SEKARANG HANYA RM 100 seorang UTK 100 ORANG YANG MENDAFTAR AWAL)
TEMPAT :: D'IMPIAN INN HOTEL, SHAH ALAM. SEKSYEN 15, SHAH ALAM
TARIKH :: 19 JANUARY 2013 (SABTU : 9 PAGI - 5 PETANG.

Bayaran kepada ::

Baharuddin Mohamed (Maybank Acc: 151052252907)
Tuan  dan puan MESTI email pembuktian bayaran kepada mybaha76@yahoo.co.uk
dgn sertakan 1)NAMA PENUH 2)Phone Number 3) Alamat Email

Tuesday, January 8, 2013

Peraturan Keputusan ditangan anda.


Peraturan 4 untuk bebas kewangan :: Peraturan Keputusan ditangan anda.
Duit hanya kepingan kertas

Setiap hari kita mempunyai pilihan, memilih untuk ke kiri atau ke kanan dalam membuat  keputusan.  Anda perlu memiliki kuasa memilih. Jangan berikan kuasa memilih kehidupan anda kepada orang lain. Kejar impian anda sendiri dan jangan biarkan orang lain meletakkan impian mereka menjadi keutamaan anda.

Jika anda mempunyai beberapa ringgit di tangan sekarang, anda mempunyai kuasa memilih. Anda yang memilih sama ada anda menjadi kaya , kelas menengah atau miskin dimasa hadapan. Pilihan anda jika beberapa ringgit itu anda masukan dalam tabungan untuk masa depan anda. Tetapi orang miskin sahaja yang mempunyai tabiat berbelanja yang kurang terancang.  Ramai juga yang bercita-cita untuk menjadi kaya. Dia mengumpul membeli asset sebenar untuk masa depan mereka.

Dikampung saya, di Muar ramai orang jawa yang mempunyai tanah yang luas di tanam sawit berekar-ekar, untuk menjadi sumber pendapatan mereka. Mereka yang bekerja kuat dari muda menikmati kesenangan dihari tua mereka dari hasil sawit. Pergi mengerjakan haji berkali-kali, tetapi mereka tetap berjimat, low profile dan menjadi jutawan senyap. Mereka ada anak-anak, anak-anak mereka mempunyai kuasa memilih sama ada untuk terus mengekalkan warisan dari bapa mereka. Tetapi mereka perlu memilih untuk belajar menjaga warisan tersebut. Banyak keluarga kaya akan hilang asset mereka apabila diwariskan kepada generasi seterusnya.

Sebanyak 80% dari populasi manusia mengatakan banyak masalah jika menjadi kaya, dengan itu ramai memilih untuk tidak menjadi kaya. Mereka selalu berkata “saya tidak minat dengan duit”, “saya masih muda dan banyak masa untuk kumpul duit”, “saya tak mungkin kaya”. Bagi saya masa adalah asset yang paling berharga. Kita tidak boleh menjadikan alasan tiada wang dan menyebabkan kita tidak belajar. Anda patut memilih setiap hari apa yang mahu kita lakukan dengan masa, wang dan apa yang ingin kita belajar hari ini. Jika anda ingin berubah dari pemikiran semalam ianya bergantung kepada siapa yang anda jumpa hari ini dan buku yang anda baca.  

Pelaburan paling beruntung adalah melabur dengan diri sendiri. Empat tahun dulu saya ada menghadiri satu seminar hartanah di Kuala Lumpur. Saya hanya membayar beberapa ratus untuk yuran menghadiri krusus yang dijalankan. Dari seminar itu saya mendapat banyak idea dalam pelaburan hartanah. Saya telah melabur jutaan ringgit dan meraih untung dengan pelaburan itu. Ini adalah salah satu contoh saya maksudkan anda punya pilihan setiap hari, jika pilihan anda untuk menjadi seorang yang kaya. Itu pilihan anda. Saya harap anda faham..
Pada masa itu, saya juga punya pilihan. Saya boleh melabur hartanah tetapi tidak belajar teknik yang betul untuk melabur.  Tetapi saya membuat pilihan untuk belajar supaya keuntungan yang dibuat berlepat kali ganda. Ramai juga yang mahu mulakan perniagaan tetapi tidak belajar bagaimana mahu berniaga. Menyebabkan mereka membayar harga yang mahal dengan kegagalan perniagaan mereka, tidak belajar dan buat lagi juga rugi semula...itu juga pilihan anda.

Anda juga boleh memilih untuk melihat dan menganalisa kejayaan orang. Anda boleh memilih untuk mengikut jejak langkah mereka, menganalisa keputusan-keputusan yang mereka buat dan belajar dari kesilapan yang mereka lakukan. Anda juga punya pilihan hanya bersembang di kedai kopi dengan kekaguman anda pada mereka yang setiap hari terus kaya raya seperti syed mokhtar al-bukhary,  warren buffet dan tokoh usahawan ditempat anda.

Anda tidak boleh angkuh dengan idea orang walaupun anda bijak. Anda boleh menganalisa keputusan yang mereka buat, mereka nasihatkan anda dan anda punya pilihan untuk membuat atau tidak. Samalah juga dengan persepsi bacaan anda dengan artikal ini. Selamat mencuba

Baharuddin Mohamed : Rakan Motivasi Anda

Monday, January 7, 2013

Canvas Business Plan

Di awal tahun sibuk merancang perniagaan, saya gunakan Canvas Business Plan
untuk semua syarikat kendalian saya..mudah, cepat dan simple. 

Berbincang untuk mendapatkan idea



Peraturan 4 untuk bebas kewangan :: Kuatkan semangat untuk berniaga.

GAGAL itu biasa, Teruskan usaha...itu baru LUAR BIASA.

Peraturan 4 untuk bebas kewangan :: Kuatkan semangat untuk berniaga.

Sekiranya ditanyakan ramai orang, “siapa nak kaya?” tentu ramai yang angkat tangan dan berkata “saya mahu bebas dengan masalah kewangan sekarang”. Tetapi ramai yang tidak tahu kenapa dia perlu kaya dan dia perlu berniaga. Menyebabkan sesetengahnya akan negative dengan kekayaan dari sejarah hidup mereka. Kaya selalu di kaitkan dengan seorang yang sombong, ramai yang selalu menyebut kita perlu bersederhana dan kaya akan membawa kealpaan dunia. Mungkin setengahnya betul dakwaan mereka. Anda mesti mempunyai alasan yang lebih kukuh untuk menjadi kaya dari jawapan biasa-biasa.  

Saya kongsikan beberapa sebab kenapa saya mula berniaga dan berusaha untuk bebas dari kesempitan kewangan. Pertama saya tidak mahu bekerja sepanjang hajat hidup saya. Saya tidak mahu sekadar bekerja kononnya terjamin mendapat gaji setiap bulan dan hanya membeli sebuah rumah dengan berhutang bertahun-tahun rupanya ianya adalah liability bukan asset. Saya tidak suka menjadi hamba duit dan berebut-rebut membayar hutang ke bank setiap bulan untuk pinjaman saya.

Saya tidak suka menjadi pekerja bawahan yang hanya mengajar impian orang lain, impian syarikat, impian kerajaan dan melupakan impian saya. Saya tidak mahu selalu terlepas ke majlis penyampaian hadiah sekolah anak saya, maslis sukan mereka dan mengajar mereka membaca kerana saya terlalu sibuk dengan kerja, saya mahu masa lapang. Saya tidak mahu kerja keras saya selama ini diambil orang lain atau syarikat atau kerajaan setelah saya tiada diduna ini, orang kaya mewariskan segala hartanya kepada anak-anaknya atau orang yang dia sayang.

Saya mahu bebas melancong kemana sahaja saya suka dan saya mahu lakukan semua ini semasa saya masih usia muda. Saya hanya mahu hidup bebas dengan mengawal hidup saya sendiri dan kehidupan saya. Saya juga mahu wang bekerja untuk saya bukan saya bekerja untuk wang.

Ini semua lahir dari lubuk hati saya dan bagaimana dengan anda?. Jika kita tidak cukup kuat semangat dan tidak cukup alasan untuk mengubah diri kita, kita tidak akan mencapai apa yang kita impikan. Saya lihat kebanyakan mereka yang berjaya pernah gagal, tetapi perbezaan mereka yang Berjaya dengan mereka yang terus gagal adalah mereka dapat menangani masalah mereka dengan terus berusaha menuju kejayaan. Saya targetkan untuk bebas kewangan pada umur saya 40 tahun dan umurnya makin hampir tiba tetapi target nya belum lagi tercapai.

Saya berharap perjalanan untuk kaya itu satu laluan yang mudah tetapi pada hakikatnya bukanlah sangat mudah. Tetapi ianya juga bukan sesuatu yang terlalu susah dan mustahil untuk dicapai. Pengajaran yang saya dapat dalam perjalanan ini adalah sekiranya kita tidak mempunyai sebab yang kukuh atau matlamat yang jitu dengan sesuatu perkara, semua apa yang hendak dicapai menjadi semakin susah.
Baharuddin Mohamed :: Rakan Motivasi Kewangan Anda.