Monday, July 28, 2014

Penjaja Korporat



==============
| Penjaja Korporat |
==============
Saya bukanlah banyak sangat masa atau tak ada kerja lain saya nak buat. Ramai jumpa saya dan menegur saya bila saya menjaja karpet minggu lepas di jalanan tempat orang lalu lalang di bandar raya JB minggu lepas.
Saya menjaja karpet dan biskut raya. Saya tahu asas penting berniaga adalah lakukan barang. Saya suka mencabar diri saya sendiri. Selalu saya pesan dengan kekawan yang berniaga, keluar dari kedai, jual barang yang orang suka dan jual kat tempat orang berkumpul. Saya bukan cakap je, saya lakukannya.
---------
Segan
=====
Saya tak rasa apa-apa, mungkin kalau ada orang jumpa saya menjaja dan tak kenalkan latarbelakang saya mungkin mereka ingat penjaja ni terdesak sangat. Ianya benar bila melihat galagat pelanggan bila saya approach mereka membeli. Ada yang bersahaja, ada yang mengelak dari nak bertembung jalan dengan kita, ada yang masam mukanya tapi tak kurang yang senyum lebar dan membeli produk kita dengan senang hati.
Saya berpendapat jika anda berniaga, anda sepatutnya boleh lakukan semua perkara walaupun asas. Pandai tak pandai buat , itu perkara kedua. Sebagai contoh, saya ada syarikat catering, kerja saya tak lah sampai bawa lori hantar makanan dan canopy di rumah penggantin tapi walau begitu saya masih boleh memandu lori jika diperlukan atau staf saya bercuti.
Kekadang bila jadi BOS, kita hanya pandai mengarah itu dan ini dan tidak pernah kisah apa yang berlaku staf bawahan kita. Ramai bis yang tak tahu perasaan orang bawahan kita, mereka semuanya penting dan aset syarikat. Saya nasihatkan kepada bos-bos sedunia janganlah macam tu. Arwah ayah saya pesan pada saya "kita kena jaga orang yang buat kerja untuk kita"
---------
Cerita
=====
Satu hari dulu, tak lama dulu. Saya pernah membantu staf saya di dapur angkat pinggan mangkuk di majlis perkhawinan untuk salah satu projek catering D'impian Catering syarikat saya. Kebetulan minggu tu ada 8 majlis yang perlu diselia, tak cukup staf, saya sendiri turun padang.
Kebetulan pula jumpa seorang sahabat lama saya, saya taklah kenal sangat dengan dia tetapi pernah ke pejabat saya semasa pernah menjadi CEO GLC sebuah syarikat gergasi dulu tak lama dulu sebelum saya berhenti dan menumpu sepenuh masa dalam bisnes saya. Dia minta projek dan melobi projek dengan saya pada masa itu.
Bila dia jumpa saya " BAHAR, kenapa sampai macam ni. aku dengar juga ko berhenti kerja. sedap-sedap duduk kerusi CEO dan berbilik air-cord, ko berhenti kerja nak buat apa. Sekarang tak sangka sampai susah macam ni. Sabarlah. ". Dugaan hidup katanya.
Saya senyum je. Mungkin sahabat saya rasa saya sudah jatuh hingga terpaksa kerja pramusaji dan membantu catering selepas saya tidak bekerja.
Hidup yang paling bahagia bila, kita tidak mengharapkan kita dipuji dan kita tidak terasa bila kita dikeji.
--------------------------------
Hidup Seorang Peniaga
==================
Hidup seorang peniaga perlu degil, perlu luar biasa, perlu berpandangan jauh, perlu berwawasan besar. Kekadang percaturannya tidak seperti orang biasa. Anda perlu boleh memimpin dan dalam masa yang sama anda perlu belajar untuk di pimpin.
Asas sebuah perniagaan adalah menjual, anda perlu belajar menjual. tak guna produk anda sehebat manapun tetapi tak dapat menjual. Asas menjual adalah menjaja, anda perlu keluar dari perasaan malu berjumpa orang untuk terus menjual. formulanya mudah, jumpa 10 orang untuk anda jual 1 barang. jika anda nak lakukan 100 barang, berapa percubaan anda harus lakukan?. Anda boleh jawab sendiri.
---------------
Pandangan
=========
Ada orang yang memandang tinggi orang yang berniaga, ada orang yang memandang rendah orang yang menjaja. yang memandang rendah kerana mereka ingat berniaga ni perlu besar-besar, untung besar, kereta besar, cakap besar. Mereka yang berniaga jalanan ni adalah mereka yang tertinggal dan terdesak. Itu persepsi mereka, biarkan. Mereka tak ramai kawan, saya ramai kawan peniaga pasar malam yang berkereta BMW dan bergaji berbelas ribu sebulan. Tuan pernah jumpa mereka? ..
Minggu lepas, dua kali saya dihalau semasa menjaja. Pertama saya dihalau oleh syarikat gergasi besar pesaing penjual karpet yang berhampiran dengan tempat saya buka tu. Pada masa itu, ada beberapa orang yang mengikut saya menjaja. saya sebutkan kepada salah seorang sahabat saya yang turut menjaja. "Irfan, kenapa mesti kita takut padanya? Ada manusia, dengan Allah pun dia tak takut. Jadi, PILIH mana satu ketakutanmu."
Sebuah perjalanan cerita
KORPORAT Jalanan.
Coach Bahar

Cerita Hari Raya 2014 yang menyentuh jiwa




============================
Cerita Hari Raya yang menyentuh jiwa
============================

Selamat hari raya buat semua sahabat walau dimana sahaja berada. Tahun ini saya beraya di kampung halaman saya di Muar. Suasana gembira dan ceria buat semua terutama anak-anak saya dengan persiapan hari raya yang sederhana. Tiap tahun sebenarnya saya beraya di Klang bersama keluarga ibu mertua saya. Setiap tahun saya beraya diklang kerana saya memang tinggal di Muar jadinya saya akan berhari raya di rumah mak mertua saya. Cuma tahun ni kami buat keputusan untuk beraya di Muar.

Kita melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza, Tahun ini saya betul tersentuh dengan kata-kata mak bila aku salam mak pagi tadi. Kuhulurkan salam kemaafan atas segalanya kesalahan yang saya lakukan. katanya " Alhamdulilah,dapat mak beraya tahun ni bersama mu, anak ku. Tahun lepas mak rasa macam mak tak dapat dah nak beraya bersama tahun ni. Alhamdulilah Allah panjangkan umur kita. Maafkan mak". Saya tak dapat menahan air mata, walaupun sukar sebenarnya air mata ini jatuh lagi di depan mak. Mak semakin tua dan uzur.

Tahun ini lain sikit dengan tahun sebelumnya. tahun ni saya berkampung sampai malam raya menjual kuih raya. Lelong biskut raya.Jam 1 pagi baru habis lelong.kenangan ini lebih 15 tahun dulu saya buat. walaupun setiap tahun saya menjadi pembekal biskut raya, sudah lama saya tidak menjual sendiri.

Tahun ni saya bersama anak-anak mengambil satu tapak di K.Mall Muar tiga hari sebelum raya untuk menjual biskut raya. Wah pengalaman yang hebat ...lebih lagi pengalaman buat anak-anak saya menjual. Mereka berbakat menjual dan tawar menawar. Semua anak saya yang besar saya bawa mereka menjual, buang rasa malu dan sanggup bekerja susah untuk berjaya.

=============
Cerita Pagi Raya
=============

Pagi ni saya solat sunat Aidilfitri di masjid kampung saya. Ramai anak-anak perantauan pulang penuh sesak Masjid dengan orang kampung sampai melimpah keluar. lepas solat, bila saya mahu pulang, saya terlihat seorang anak kecil berumur lebih kurang 8 tahun duduk di sudut tangga dengan muka masam mencuka.

Jemaah ramai sudah pulang, saya kebetulan lambat sedikit sebab berjumpa kawan lama dan berbual kosong. Saya menyapa budak lelaki tersebut, saya lihat baju melayunya pudar, sempit dan dia hanya memakai seluar sekolah.

"Adik kenapa tak balik lagi, kan hari raya. Tukar baju raya dan bermain dengan kekawan. Pergi rumah kawan dapat duit raya "

Budak itu memandang dalam ke mata saya. Dia masih diam. saya tidak kenal anak ini. saya memujuknya dengan bertanya lagi " Ayah mana ?, Ambil duit raya ni ". Saya hulurkan sampul duit raya JDT. "Adik tinggal di mana, pak cik hantarkan" umpanku mula berhasil. Dia mula senyum dan saya duduk di sebelahnya.

===========
Tersentuh Hati
===========

Saya tanya sekali lagi, " adik tinggal dimana, kenapa tak tukar baju raya ?. Kenapa tak balik lagi,nanti mak risau . Ayah kat mana ".

.
.

Dia mula bersuara

" Saya tinggal di Seremban, saya balik rumah nenek. Ayah saya dah meninggal ". Dia menjawab cukup ringkas.

Saya tersandar ke dinding, remuk hati saya. Lebih saya rasa pilu bila dia sambung cerita. Ayahnya meninggal lebih kurang setahun yang lepas di sebabkan kemalangan jalan raya, dia rindukan ayahnya. Dia mula menanggis. Dia tak dapat ke kubur ayahnya hari raya pertama hari ini, sebab itu dia bersedih kerana teringat ayahnya. Dia anak yang sulung dari empat beradik dan pulang kekampung bersama ibunya.

Saya sungguh sayu bila dia ceritakan lagi, baju yang dia pakai adalah baju terakhir ayahnya belikan dulu. Dia sungguh gembira pada masa itu. Bila nak raya ayahnya akan pergi membeli baju raya dan kelengkapan raya bersama mereka sekeluarga. Itu semua menjadi kenangan indah buatnya. Seluarnya sudah tidak muat dipakai sebab itu dia pakai seluar sekolah sahaja hari ini.

Allahuakbar..Allah Maha Besar. Allah mahu mengetahui ... rindu anak pada ayahnya.

======
Nasihat
======

Pagi raya ini dalam ramai yang bersuka dan gembira masih ada mereka yang derita, sengsara dan sedih. Saya tidak dapat menahan kesedihan dipagi raya ini. Allah hantarkan saya satu pengalaman yang cukup berharga. Saya peluk erat anak itu. Saya hanya boleh memberi kata motivasi dan semangat padanya. Saya tahu, dia rindukan ayahnya seperti hati saya meronta rindukan Arwah abah yang telah pergi buat selamanya 18 tahun yang lalu.

Buat semua sahabat ku, ingatlah dan ambillah pengajaran dari cerita ini. cerita ini mungkin pernah tuan puan dengar dengan kisah sebelumnya. Ingatlah lebih ramai yang memerlukan bantuan dan perhatian di sekeliling kita. Kita perlu berusaha untuk membahagiakan orang lain. Lebih ramai yang sebenarnya mahukan bahagia tetapi bukanlah disebabkan mereka tidak berusaha tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Jika anak ibu dan ayah lawati mereka, jika punya kawan doakan mereka. Semua orang punya masalah tersendiri, jadikan hari raya sebagai mengstuktur semula hubungan antara kita. Mana yang terlebih dan terkurang di perbaiki bersama. Memohon Maaf di antara kita.

Anak kecil ini tidak tahu apa-apa dengan masa depan nya. Dia tidak peduli di nampak buruk dan compang camping. Dia tidak kisah dengan hari raya dan merecun, dan baju baru, dan kuih raya. Dia rindukan ayahnya.

Ya Allah kau berikanlah sedikit keceriaan buatnya.

Coach Bahar

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

Doa buat keluarg MH370 dan MH17, berat mata memandang lebih berat lagi bahu memikul.

Like, komen dan share. saya ceitakan kisah anak kecil ini nanti.

Tuesday, July 8, 2014

Rangkaian maklumat bisnes rahsia usahawan cina

Rangkaian maklumat bisnes rahsia usahawan cina 



Beberapa hari lepas saya seharian bersama beberapa rakan niaga saya berbangsa cina. Saya suka bersama mereka kerana pemikiran bisnes mereka berbeza. 
.
.

Satu cerita, mereka mempunyai rangkaian maklumat yang baik. mereka buat duit dari maklumat. Maklumat sangat PENTING bagi peniaga cina. mereka sanggup membeli maklumat jika perlu. 

.
.

mula-mulanya saya kurang faham. mereka cerita lagi. mereka pergi dimana ada gula. mereka berniaga bila ada peluang. mereka bergerak PANTAS. mereka tidak tinggal di satu tempat.

.
.

saya masih tak faham, mereka terangkan lagi. mereka tidak menjual barang yang mereka buat di tempat mereka. mereka menjual barang yang mereka buat di tempat lain. sebab itu mereka mempunyai ramai jurujual. oooh baru faham.

.
.

Mereka cerita lagi. mereka bawa pula barang yang laku di tempat mereka dari luar dan berharga murah. Mata saya mula terbeliak. saya baru teringat cerita sahabat saya, usahawan bangsa cina sudah berada di indonesia, di Vietnam dan China lebih 40 tahun dulu dan membawa barang dari sana ke Malaysia. Mulut saya tergamam..

.
.
Mereka cerita lagi. sesekali rezeki mereka besar. mereka mempunyai pengalaman menghidu peluang. sahabat saya kebetulan seorang jurujual. dia tinggal di muar. dia mempunyai ramai kawan yang mempunyai kilang tilam dan katil. bila di kuantan banjir besar. dia mengutip lebih 1 juta hanya menjual tilam dan katil. saya rasa mereka bijak.

.
.

Saya dengar lagi. mereka menjual barang yang orang mahu di tempat orang berkumpul-kumpul.

mereka ingatkan saya " Mulai hari ini jangan lagi bercakap tentang berapa banyak kita dapat, tetapi ubah kepada berapa cepat kita buat dan berapa cepat kita dapat"

Banyak lagi saya dengar.... anda nak membaca lagi rahsia mereka

saya tunggu 201 like

Coach bahar

Pelajaran ke dua : bisnes bangsa cina

Pelajaran ke dua : bisnes bangsa cina 

Saya duduk lagi sama mereka. saya duduk berselang seli dengan cerita tempatan, cerita politik tetapi 70% cerita masa depan walaup apa pun topik. biasanya saya seorang sahaja dikalangan mereka. mereka tidak lebih cina nya dan saya tak kurang melayu nya.


.
.

saya belajar lagi. mereka tak sedar yang saya sedang belajar dengan mereka. mereka ceritalagi . kepentingan bisnes bangsa cina adalah pangkalan data dan maklumat yang tepat.

.
.

kebetulan saya baru sahaja seminggu mengambil tempahan seluar yang saya buat di kedai jahit cina di muar. ianya benar, saya hanya datang sekali. semua database sudah ada, tidak perlu mengukur lagi kecuali saya yang mahu. saya juga hanya boleh menempah dengan menalipon je kalau mahu. semua ada.
.
.

itu kelebihan mereka. mereka menyimpan database pelanggan. juga saya ingat. saya juga mempunyai beberapa orang pembekal dalam baranagn binaan dan pembekal bisnes catering saya. kekadang saya tidak mengambil pada pembekal yang sama dalam tempoh yang lama. setahun dua tak datang.

.
.

mereka buka fail lama, mereka memberi harga yang mereka beri pada kita sama dengan yang dulu. itu kelebihan mereka dan benar itu kelemahan bisnes bangsa saya termasuk saya.

saya belajar dan terus belajar.

tuan nak tahu lagi petua bisnes bangsa cina?

Belajar seni bisnes bangsa cina

Pelajaran ke-tiga 

Belajar seni bisnes bangsa cina 

Mereka sentiasa KEHADAPAN. dari apa yang saya kenal ramai rakan niaga saya berbangsa cina mereka sentiasa kehadapan. mereka tidakmenjadi follower tetapi mereka memastikan mereka mencipta idea baru. Meraka tidak suka ikut-ikut. jika ramai melihat mereka meniru, biasanya mereka melihat peluang dan merebut peluang sebenarnya. mereka tidak meniru membabi buta.

.


.

Pelajaran ini saya kurang faham. setelah lama saya duduk bersama mereka dan berkali-kali baru saya mencungkil apa yang dimaksudkan sentiasa dihadapan.

.
.

Rakan saya sentiasa update maklumat bisnes . maklumat sangat penting bagi mereka. mereka sanggup membayar untuk maklumat. saya beri contoh jika sesuatu kawasan pembangunan dibangunkan dengan kawasan yang berpotensi mereka sudah tahu terlebih dahulu. mereka akan merebut peluang seboleh mungkin sebelum ramai yang tahu.

.
.
.
Satu masa dulu, di kawasan saya ada catuan air yang agak lama. catuan air itu lebih seminggu. ramai menerima notis catuan air. ramai yang hanya membaca notis tetapi sehari sebelum catuan dibuat. mereka keluar ke kedai. tiba-tiba kedai-kedai mereka ni penuh bekas air yang besar. mana mereka tahu air nak dicatu, bila mereka beli semua bekas air tu?. ini semua kerana mereka sentiasa pastikan mereka selalu update maklumat. maka bersesak lah kedai mereka orang kampung membeli bekas air dengan hanya membaca notis mulai esok air tak ada.

.
.

Adakah anda berfikir seperti mereka? bagaimana pengurusan maklumat peniagaan kita? bagaimana kita nak dapat maklumat yang pantas untuk membuat keputusan pantas?

Senang je nak jutawan kalau macam ni

Kalau rakyat malaysia ada 30 juta 

anda menjual barang yang mereka guna dan mengambil keuntungan 0.10 satu barang 

0.10 X 30,0000,00 = anda akan dapat 3 juta sebulan

susahkan anda nak jual semua orang, baik 10% je dari rakyat malaysia je kita dapat jual setahun dan untung 0.10 je

bermakna 

0.10 X 3,0000,00 = 300,000

baik

kalau itu hanya satu barang, kalau 2,3,7,10 barang anda dapat jual sebulan kepada mereka?

kalau itu untung seposen kalau untung seringgit

amacam?

barang apa nak kita jual? media apa yang kita nak guna beritahu semua orang? bila kita nak mula menjual?

selamat berpuasa dan berfikir

seni berniaga naga bangsa cina : re-branding

Pelajaran ke empat



seni berniaga naga bangsa cina

re-branding

Dengan kawan-kawan bisnes cina saya duduk lagi. saya duduk untuk minum dan belajar sesuatu dengan mereka. mereka suka borak-borak masa waktu malam. mereka borak perkara yang masa depan.
.
.
Mereka tidak ganjal ada saya. bila mereka nak berborak mereka cari saya. mereka juga belajar dari saya. mereka suka bila saya cerita dengan ikhlas. mereka mahu dengar cerita berniaga cara nabi. bila saya cerita mereka melopong. nanti saya ceritakan lagi cerita itu.
.
.
Antara mengapa mereka selalu menang dalam bisnes kerana mereka ada kitab bisnes mereka. mereka ada 101 cara bisnes dari cerita lama mereka. mengapa ilmu ubatan singsa sampai sekarang ada walau dah beratus tahun wujudnya. semuanya adalah kerana semua ilmunya dibukukan.

.
.
Branding , re-branding dan pakajing dalam bisnes seni bangsa cina bukanlah asing lagi. mereka menambah baik inovasi dalam pakajing untuk barang yang baik. kita sahaja yang melebalkan mereka meniru. sebenarnya mereka tidak segan silu kerana ilmunya sudah beratus tahun dulu. jika anda perasan ada satu jenama " adabi " tak lama dulu muncul pula satu jenama "adami". macam serupa tapi tak sama.
.
.
Pelajaran ini cepat saya faham. mereka sentiasa melihat pasaran. mereka belajar sesuatu dari apa yang orang mahu. mereka meniru dan membuat inovasi mengikut apa yang orang mahukan. akhirnya barangan mereka lebih laku.

.
.
itu sebabnya tiada undang-undang cetak rompak di china. mereka tidak boleh dihukum dan tiada undang-undang di mahkamah untuk mereka yang meniru produk. saya pernah ke china beberapa kali. Ianya benar, contohnya handphone Samsung. Anda cakap je budget anda berapa, mereka akan keluarkan bebarapa phone yang berbeza harga, tetapi anda tidak dapat kesan apa bezanya.

.
.
Jangan salah faham, pelajarannya bukan nya meniru tetapi re-branding. mereka membuat branding mengikut beberapa keperluan yang diminta pelanggan.

.
.
re-branding bagi mereka adalah pakejing

belajar dan terus belajar lagi untuk itu

coach bahar.