Wednesday, January 23, 2013
Lapan tip bagaimana ebook boleh membuat anda KAYA
- 1. Memberi lebih maklumat
- Mungkin ramai penjual e-book tidak sedar dengan cara ini. Lebih 10% pembeli e-book anda mahukan lebih informasi dari bab-bab yang terdapat dalam e-book anda yang anda tulis. Anda boleh membuat jualan susulan dari apa yang mereka mahukan.
- 2. Jawab setiap persoalan e-book anda
- Anda perlu melayan semua persoalan yang ditanya oleh bakal pembeli atau pembeli e-book anda kerana akan menambah kepercayaan mereka kepada anda dan syarikat.
- 3. Membina database pelanggan
- Anda harus membina database pelanggan yang baru atau pelanggan yang pernah berurusan dengan perniagaan dengan anda. Ramai antara kita tidak menguruskan perkara ini dengan betul. Mereka yang berkemungkinan membeli e-book anda adalah mereka yang pernah berurusan niaga dengan anda kerana mereka mempercayai anda, kebarangkalian lain adalah rangkaian pelanggan anda. Berikan satu e-book percuma atau harga yang sangat murah, minta mereka yang berminat menghantar email mereka kepada anda. Itu salah satu cara cepat untuk anda membangunkan database pelanggan yang berminat dengan cepat.
- 4. Mencari rakan penjual
- Didalam pasaran jualan internet banyak antara mereka yang menjual e-book. Berusaha untuk bekerjasama dengan penjual e-book yang besar supaya ruang kebarangkalian pasaran anda besar. Berkongsi keuntungan dengan mereka.
- 5. Memberi keutamaan pemasaran
- Mungkin anda baik dalam menulis e-book dan boleh menghasilkan penulisan yang berkesan. Anda sepatutnya memikirkan untuk memberikan tugas pemasaran kepada syarikat lain yang lebih menumpukan pemasaran.
- 6. Membina nama dan kredibiliti penulis
- Membina rangkaian bisnes adalah sama usahanya dan caranya membina kepercayaan pengikut yang sukakan penulisan anda. Anda perlu faham tentang target palanggan, jika penulisan anda sebuah e-novel kanak-kanak anda perlu tumpukan kanak-kanak yang mempunyai kuasa beli atau ibu bapa mereka. Begitulah seterusnya.
- 7. Masuk dalam alam digital
- Anda tidak boleh lambat dan jangan buang masa. Zaman digital ini bukan lagi masa anda membeli buku, tiada kos mencetak, tiada kos penghantaran, dan membuatkan harga e-book boleh dijual dengan murah. Semuanya kearah itu.
- 8. Mudah diterima semua format
- Pastikan ebook yang anda tulis bolah dibuka dalam apa sahaja format termasuk PDF, ePub or Kindle bagi memudahkan ianya dibeli oleh ramai orang. Pastikan juga ia mudah dibuka dalam semua aplikasi computer atau smart phone.
Tuesday, January 22, 2013
Marketing yang boleh meningkatkan jualan anda.
Idea yang mungkin boleh meningkatkan jualan kedai @ produk anda ::
1. E-mail
Ianya cara marketing yang paling murah dan paling mudah. Ianya perlu dibuat dengan terancang.
• Pastikan buat database lengkap dan hantar 50 email kepada bakal pelanggan baru. Alamat email boleh diperolehi dengan mudah dari laman web. Buat kepada targeting pelanggan yang dekat terlebih.
• Perlu buat setiap hari, jika sehari 50 email berapa pelanggan baru yang telah kita hantar maklumat jika sebulan, jika setahun?
• Iklan perlu betul-betul teruja, ada sedikit promosi dan ingatan bagi pembaca. Jangan hanya makluman kosong atau email yang terlalu panjang.
2. Mulakan marketing take-out and delivery service
Mungkin sudah masanya untuk anda mempunyai services delivery rumah ke rumah atau pejabat ke pejabat untuk meningkatkan jualan. Saya juga tidak pasti adakah perkara ini sesuai untuk perniagaan anda. Tetapi jika ianya berlaku, anda adalah produk pertama yang mempunyai perkhidatan sebegitu.
1 3. Try up-selling
Selain dari
menggunakan marketing buat strategy untuk menjual produk yang paling mahal,
paling sedap dan paling banyak kepada pelanggan. Wujudkan pakej – pakej baru kepada
mereka yang berkumpulan. Perlu di latih kepada yang mengambil pesanan
pelanggan.
1. 4. Mengatasi masalah
lambat deliver
Kemungkinan
boleh wujudkan jenis menu cepat khas buat mereka yang nak makan cepat, nak
kerja. Masakan nya sudah tersedia terlebih dahulu. Saya tidak pasti ianya boleh
dilaksanakan atau tidak.
2. 5. Host event
Cuba
fikirkan jenis event dan crate event supaya ada yang datang seperti yang telah
dilakukan sebelum ini contoh hari ibu, hari bapa, hari kekasih, pakej tahun
baru cina, pakej istimewa, wujudkan pelawak ke, live band sesekali....dan
banyak lagi. Ianya tidak dibuat secara kerap. Infomasi yang kita mempunyai
bilik dibelakang juga tidak diberi.
3. 6. Antara
pelanggan yang perlu dijaga adalah pelanggan yang setia
1/3 teorinya
mereka yang akan datang dan datang lagi ke restoran kita adalah pelanggan yang
selesa dengan perkhidmatan kita. Wujudkan personal touch dengan pelanggan kita.
Minta bantuan mereka untuk bawa bakal pelanggan baru. Sesekali wujudkan give
atau hadiah kepada mereka yang setia. Mungkin cadangan card diskaun boleh di
cuba semula ...MUNGKIN.
4. 7. Website,
blog dan facebook
Wujudkan
website atau blog yang member impak yang besar. Berikan infomasi pada saya jika
anda perlukan pertolongan saya untuk perkara ini. Buat marketing secara berkala
terhadap beberapa pagebook , layan kerenah pelanggan. Masukan gambar dan event,
mereka akan lebih mempercayai melalui gambar. Facebook buat secara berkala
contohnya 2 kali seminggu isi dengan infomasi praduan dan gambar , cuba
tambahkan pengguna dalam facebook.
5. 8. Traditional
marketing
Jika kita
buat marketing jenis lain , cara ini perlu terus berjalan. Cari saluran
maklumat yang paling sesuai dengan kita. Face to face dengan memberi flayer
info di pekan-pekan atau pasaraya. Masuk kan flayer ke dalam surat khabar
6. 9. Perlu ada target
jualan harian dan bulanan
Target jualan
ini perlu disampaikan kepada semua warga dimpian supaya mereka bersama-sama
faham.
7. 10. Menggunakan
apa yang kita ada
Kita ada
staf, minta semua bantu kita dengan memberikan maklumat akal pelanggan. Kita ada
hotel, cuba fikirkan jualan paksa dengan mereka misalnya member satu pakej
termasuk makan malam + penginapan.
8. 11. SMS
Saya masih
percaya cara ini adalah paling berkesan dan paling cepat. Cuba dapatkan
seberapa banyak number telipon pelanggan dengan promosi yang kita jalankan. Untuk
mendapat maklumat pelanggan dapatkan dari praduan cabutan betuah. Kumpulkan phone
number dari database yang lepas. Seingat saya kita pernah ada masa kita buat
kopitiam dulu, cari semula. Jangan pula buat sekali setahun ...buatlah 2 minggu
sekali dan ayat promosi perlu power.
Monday, January 21, 2013
Lawatan Kerja Ke JORDAN 2012
Buat julungkalinya saya ke JORDAN mewakili UTHM Holding yang te;ah ditawarkan projek peundingan disana. Saya bangga kerana rakyat Malaysia juga diberi kepercayaan untuk menguruskan projek perundingan di luar negara.
![]() |
| Berkesempatan melawat beberapa tempat menarik |
![]() |
| Melawat pejabat urusan projek di AMMAN |
![]() |
| Menerangkan perkembangan projek kepada rakan-rakan |
![]() |
| Bersama Prof Joe dan staf di sana |
![]() |
| Bersama-sama rombongan dari University |
![]() |
| Di laut mati |
![]() |
| Menganjurkan seminar penting |
![]() |
| Bersama duta Malaysia di sana |
Motivasi Usahawan (4)
Motivasi :: Anda punya "idea atau produk" yg baik utk dijual, anda punya "kepakaran" yg terbaik utk mula kan perniagaan. Anda juga punya "pengalaman" yg lama bekerja dalam bidang perniagaan dan anda juga punya tempat yg terbaik sebagai tapak berniaga. TETAPI anda masih GAGAL memulakan @ GAGAL dalam perniagaan (Fakta : 80 org dari 100 berniaga tetapi gagal selepas 6 bulan). Anda rasa kenapa?
Motivasi :: Jangan selalu ambil pusing @ Ambil tahu @ "jaga tepi kain org" dgn masalah org lain, takut - takut masalah orang itu akan jadi masalah kita. Adalah lebih baik melihat dan @ memikirkan @ meniru kejayaan org yg berjaya nescaya mudah-mudahan kejayaan juga akan megeringi kita seperti mereka yg berjaya.
Saya MALU jika saya GAGAL
Ada yang tanya saya, kenapa perlu anda berniaga dan bekerja kuat?
Saya kata saya MALU, jika kita tidak ada lagi perasaan malu, kita tak akan berusaha keras. Saya malu jika saya gagal berniaga, jika saya gagal bermakna bangsa saya gagal iaitu melayu. Jika saya gagal bermaksud islam malaysia juga gagal. Saya dan anda perlu berusaha keras.
Jika kita gagal, kita akan miskin. Jika kita miskin, kita akan meminta. Jika kita masih meminta, kita masih berharap. Jika kita masih mengharap, kita akan ikut cakap orang. Jika kita masih mengikut cakap orang, kita tak akan bebas berfikir. Berfikir untuk menolong, berfikir untuk berjaya dan kita tak boleh gagal. Kita perlu MALU diri sendiri, malu dengan bangsa dan orang lain.
Anda perlu MENANG, supaya anda LEBIH KUAT, jika kalah semua atau sebahagian anda akan terus LEMAH. Orang yang lemah memang akan jadi PENAKUT. Jadi seorang yang penakut anda tidak akan menang lagi.
Sunday, January 20, 2013
Nasihat Usahawan (2)
Kita harus percaya dengan diri kita sendiri apabila tiada seorang pun yang percaya. Itu yang akan membuatkan anda berjaya. Berusahalah dan terus berusaha untuk mencapai apa yang anda inginkan. Setiap kali anda di uji dengan kesusahan anda tidak perlu cepat mengalah dan menyerah kalah kerana kadang-kala kita berada di jalan yang betul dalam langkah-langkah kejayaan. Anda pasti Berjaya sama ada lambat ataupun cepat.
Anda tentu tahu perbezaan antara aset dan liabiliti, dan belilah aset. Orang biasa akan mendapatkan liabiliti, tetapi mereka sangkakan ianya aset. Aset adalah sesuatu yang memasukan wang ke poket saya. Liabiliti adalah sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket saya...pilihlah...itu pilihan anda.
Bukan mudah memulakan sesuatu perniagaan tetapi lebih susah meneruskanya.
Lebih banyak anda berharap, lebih besar kebarangkalian anda untuk kecewa. Buat sesuatu jangan mengharapkan sesuatu.
"Ubahlah diri anda, dari keadaan anda sekarang kepada keadaan yg anda inginkan. Dari seorang yg biasa-biasa sahaja, kepada seorang yg luar biasa. Dari seorang yg takut kepada kejayaan, kepada seorang yg sentiasa mencuba pelbagai kaedah utk berjaya, lebih berjaya dan terus berjaya."
Motivasi::Tiga cara menjana daya "kreatif" seorang usahawan itu adalah matlamat perniagaan yg jelas, masalah yg mendesak dan persoalan yg fokus. Latih diri anda menjadi lebih kreatif. kreatif dlm berniaga, kreatif dlm membuat keputusan, kreatif dalam pemasaran
Apa kelulusan akademik anda, berapa tinggi pendidikan anak kita?. Phd?, master, degree atau diploma?. itu semua tak guna kalau semua anak kita tidak pandai memandikan ibu dan ayah nya ketika kita tak da nanti... orang yang bijak adalah melihat dan bersedia mengubah kekurangan dirinya.
Ramai yg besar, tidak kurang juga yg kecil. Ramai yg sihat, ada yg sakit. Ramai yg kulitnya hitam, ada yg putih. Pasti ramai yg kaya, tak kurang juga yg miskin. Ada yg tua, ada yg masih muda. Ada lelaki, ada perempuan. Tetapi tujuan mereka satu menghambakan diri pada ALLAH yg satu. Kita semuanya sama disisiNYA. Buang lah jauh-jauh sombong kita itu, kita hanya hambaNYA, hingga diri kita ini adalah hakNYA
Anda akan makin bermotivasi apabila Anda mengejar satu matlamat saja dalam satu masa. Capai dulu matlamat tu dan jangan ubah selagi masih belum berjaya dicapai walau sesusah cemana pun usaha mencapainya. Itu sebabnya matlamat yang kita sasarkan perlu realistic untuk mencapainya mengikut masa yang di tetapkan. selamat mencuba..
Motivasi::Walau banyak kejayaan yg anda bawa dlm hidup anda. kegagalan juga menjadi ukuran orang. Oleh itu bekerjalah sepuluh kali ganda bagi memastikan anda tidak gagal lagi.
"Masa ada 3 sahaja. Semalam , Hari ini dan Esok". Semalam telah berlalu, Esok belum pasti . Yang ada hanya hari ini. Gunakan kesempatan ini utk membuat kebaikan sebanyak mungkin yg kita mampu.
Subscribe to:
Posts (Atom)













