Sunday, January 20, 2013

Nasihat Kepada Usahawan (1)

Anda ingin Berjaya? Anda ingin kaya dan berjaya? . 

kalau jawapanya ‘YA’, boleh lah anda meneruskan pembacaan cerita saya. Saya akan menggupas rahsia menjadi apa yang anda inginkan termasuk rahsia beberapa orang yang bergelar jutawan dan bagaimana mereka mencapai cita-cita meraka. 

“Jangan terlalu selesa dengan percapaian anda sekarang. Teruskan usaha untuk anda lebih berjaya. Keadaan 'tertekan' @'terpaksa' @ susah dalam kehidupan, kadang-kadang membawa kita lebih cemerlang dalam kehidupan. Biasakan diri anda dgn kesusahan bagi memastikan kesenangan masa depan.”

"Ubahlah diri anda, dari keadaan anda sekarang kepada keadaan yg anda inginkan. Dari seorang yg biasa-biasa sahaja, kepada seorang yg luar biasa. Dari seorang yg takut kepada kejayaan, kepada seorang yg sentiasa mencuba pelbagai kaedah utk berjaya, lebih berjaya dan terus berjaya."


Berusahalah dan terus berusaha untuk mencapai apa yang anda inginkan. Setiap kali anda di uji dengan kesusahan anda tidak perlu cepat mengalah dan menyerah kalah kerana kadang-kala kita berada di jalan yang betul dalam langkah-langkah kejayaan. Anda pasti Berjaya sama ada lambat ataupun cepat. 


Penulisan ini adalah untuk kita yang biasa-biasa dan menyedarkan semua yang membaca bahawa semua orang berhak berjaya dan kaya. Dengan keyakinan yang tinggi saya berpandangan tiada yang mustahil tetapi dengan harus berkeyakinan, mencuba dan terus mencuba juga bertindak dengan keadaan luar biasa pasti anda akan mencapai impian kita.

Anda perlu memilih dalam kehidupan

Tiada yang mudah didalam dunia ini termasuk mencapai citi-cita anda. Semuanya menuntut usaha gigih tanpa mengenal erti jemu. Anda jangan bertangguh untuk melakukan sesuatu yang anda rancang kerana sikap bertangguh adalah menyebabkan anda gagal dengan apa yang anda impikan. Mulakan sekarang, mulakan segala rancangan itu hari ini, mulakan. Membaca penulisan ini adalah pelaburan kearah kehidupan yang lebih Berjaya dimasa hadapan. 

Saturday, January 19, 2013

Workshop business plan canvas January 2013

Buat pertama kalinya saya menjalankan "Workshop business plan canvas" yang dihadiri para usahawan yang pelbagai latarbelakang perniagaan mereka. dari mereka yang menjana jutaan ringgit hinggalah mereka yang baru mahu memulakan perniagaan mereka hadir semalam. 

Alhamdulilah saya dapat berkongsi pengalaman saya mengunakan business plan canvas (BPC) dalam syarikat dan perniagaan yang saya jalankan selama ini. Saya juga bersyukur dapat berkongsi dengan peserta menyediakan Business plan perniagaan mereka. 

Dari bengkel semalam mereka dapat menilai bagaimana mahu memajukan perniagaan mereka ke tahap maksimum. Antara yang hadir adalah http://www.jualanmega.com/ Anis Yussof, Anis juga berkongsi pengalaman beliau yang tidak pernah bekerja dan menjalankan perniagaan on-line dan menjana pendapatan antara 15k - 20k sebulan. Ianya benar.   



Mereka yang menghargai

Perbincangan yang serious 

MBA buat untung juta-juta, insyaallah

Perbincangan berkumpulan menyelesaikan bisnes plan

Antara peserta yang hadir

Thursday, January 17, 2013

Jual diri dulu baru jual produk.

Berniaga melalui facebook semakin popular sekarang


saya menasihatkan kepada semua yang berniaga menggunakan sebaik mungkin teknologi internet sebahagian teknik pemasaran mereka, ianya benar akan melonjakan sale anda. Terutamanya teknologi facebook, dulu anda perlu mengambil database seperti no phone, alamat dan lain-lain untuk anda memastikan consistent contact, consistent reminder, dan consistent follow-up” dengan customer tetapi dengan adanya facebook semua perkara ini tidak perlu lagi. 

Saya telah berjumpa seorang sahabat saya yang boleh membuat jualan kereta secara purata 30 buah sebulan dengan hanya baru menceburi bidang tersebut selama setahun. saya tanyakan rahsianya...katanya rahsia FACEBOOK. 

Aktifkan diri melalui Facebook sebab ramai prospek suka duduk depan facebook jumpa dia di facebook jer...Di facebook ni, jangan buat banyak promosi, nanti orang menyampah. Tapi, ambik peluang untuk kongsikan tips dan apa sahaja yang positif yang boleh membuatkan hidup mereka lebih baik. Mungkin beberapa perkara yang anda tahu, jika anda mahir dengan kereta ..berikan tip berkenaan kereta dan seterusnya. Barulah facebook memberi manfaat untuk semua.

Wednesday, January 16, 2013

Rakan Usahawan


Nurul Muna 
Jenis Perniagaan :: Perniagaan On-line dan menjual pakaian renang muslimah.
Bandar :: Shah Alam

Kempen rakan Usahawan :: Rakan sekolah saya dan sahabat baik saya seorang usahawan yang gigih. Dia masih bekerja, berkeluarga dan sibuk tetapi masih sempat berniaga secara part time. saya kagum dengan sahabat saya ni Nurul Muna. Dia menjual secara on-line baju renang muslimah dan mempunyai 2 kedai di shah alam. mendapat pendapatan tambahan lebih RM10 ribu sebulan, mungkin anda boleh belajar sesuatu dengan beliau. Tahniah

sesiapa kawan-kawan nak beli baju renang untuk anak-anak ...silakan ke — with Nurul Muna.
Baju renang muslimah, muslimah swimsuit, muslimah swimmingsuit, swimwear. Official Web: www.myswimmingsuit.com Official Blog:www.myswimstuff.net Email: sales@myswimmingsuit.com
Page: 1,673 like this

Sunday, January 13, 2013

Semua boleh mencapainya


“ Ramai orang berfikir mereka yang telah berjaya itu mempunyai NASIB yang lebih baik, sedangkan mereka sebenarnya telah berusaha untuk mencapainya. Sesiapa sahaja boleh mencapai apa yang mereka kehendaki dengan izin Allah asalkan berusaha tanpa cepat mengalah “.

Saya punya beberapa  contoh nyata didepan mata saya. mereka yang dulunya adalah anak murid saya sekarang mereka adalah seorang yang berjaya. Mereka Berjaya dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi bezanya cepat atau lambat. Ada juga mereka yang telah diberi peluang untuk Berjaya tetapi mempersiakan peluang itu akhirnya ketinggalan, mereka terus ketinggalan kerana TIDAK MENCUBA LAGI. Kita perlu meminta, memohon padaNYA, berusaha sedaya upaya dan akhirnya menerima dan bersyukur apa sahaja yang diberi pada kita. Allah memberi kita pada 3 keadaan iaitu kita layak menerimanya, waktu  terbaik untuk kita terima dan terbaik untuk kita. Sebarang pemberianNYA membuatkan kita sentiasa bahagia. 

Friday, January 11, 2013

Beberapa kursus dan seminar motivasi dan seminar perniagaan tahun 2012

Bersama abang abu penceramah motivasi kewangan terkenal

Peserta dari JKR Negeri Sembilan

Business coaching di Shah Alam

Pelajar Cemerlang

Bersama sifu saya Dato Dr. Fadzilah Kamsah


Personal business coaching di Shah Alam

Seminar memulakan perniagaan dan business coaching di Bangi

Bersama Datuk Dr Maznah Hamid
Bersama pelajar

Bersama pelajar IPTA

Aplikasikan "Business Model Canvas" untuk UTHM Holding