Wednesday, April 25, 2012

Catatan :: Ulang Tahun Perkhawinan ke-12 (akhir)



Terjumpa cebisan tulisan jiwang dulu-dulu, nukilan kenangan manis aku dan dia buat tatapan dan kenangan anak-anak ku...30 April 2000. 

Aku: awin, saya nak cakap sikit le dengan awak.

awin : e’em…biasa cakap tak mintak izin pun..(dia senyum…buat hati aku bertambah celaru)

Aku : awin …sebelum saya habis cakap saya mintak awak jangan bercakap dulu ya…nanti kalau saya cakap, awak boleh cakap baru awak cakap ya.

awin : (muka kehairanan)

Aku : awin … saya ingat semua perkataan pun sama aja..saya suka kat awak..maknanya saya sayang kat awak maknanya saya cinta kan awak(malu betul aku mengaku depan awin masa tu..tapi itu sebenarnya). Saya mintak maaf kalau saya luahkan perasaan saya hari ni setelah 2 tahun lebih kita kenal dan saya rasa saya cukup mengenali awak. Saya nak jadikan awak isteri saya kalau boleh. Kalau awak dah ada yang punya cakap dengan saya….saya tak kisah. ………

Kalau jawapannya YA terpulang pada awin… tak perlu cakap sekarang pun tak pa…saya beri peluang awin menilai saya. awin nilai lah saya kalau sesuai saya jadikan suami. Kalau jawapannya TIDAK..berterus terang lah….saya tak sanggup tunggu lama dengan jawapan tu (lebih kurang le ayatnya….yang dah disusun sejak 2 tahun sebelum nya..)
Dengan terus terang saya cemburu bila dengar berita awin baik dengan anuar, saya mintak maaf awin walaupun saya tak ada hak untuk cemburu tapi …saya takut…takut saya kalah (aku yang tak pernah mengalah sebenarnya, ayat kena power). Tapi dengan ikhlas hati saya …tak menghalang hubungan awak..terpulang…maafkan saya awin…meluahkan hati saya yang bergelora.

awin : (tunduk…menanggis sendiri) Jangan le menangis lagi..kalau ko menangis…kang aku lak yang lelebih kang.

Aku : sekarang awin boleh cakap, apa yang awin rasa

awin : (diam)…masih tunduk ..5-6 minit baru bercakap

Aku : awin!…awak dengar tak, jangan le menangis ….maafkan saya…awin

awin :Awak (sambil menangis), awin pun tak tahu macam mana. Awak tak pernah tahu perasaan awin agaknya. Agaknya awak ingat awin main-main je dengan awak selama ni. …(senyap)

Aku : memberi tumpuan dengan penuh teliti )

awin : Awak!, awak tahu tak awin tak pernah keluar dengan lelaki, dengan awak je awin keluar,…. itu apa tandanya. Dah 2 tahun kita kawan tak kan tak pernah sekali awak terfikir awin suka kat awak?. Awak tahu tak awin selalu rindu kat awak..macam mana awin nak luahkan…macam mana, awin hanya seorang perempuan!. ..(tunduk lagi)

saya tak sangka awak lagi percayakan orang lain dari saya… awak nak saya macam mana lagi….saya dah layan awak sebaiknya. …(senyap)…. awak ingat saya tak ada hati ke … awak….saya tak da perasaan ke…tak ada rasa cemburu ke. Saya rasa awak tak tahu tu semua. (awin menutup mukanya )

Aku : (berlinang air mata ku ke pipi, perasaan ku sedih bercampur gembira)

YANG BERLALU ….BIAR LAH BERLALU

Aku tak sangka betul selama ni aku langsung tak nampak tu semua. Kenapa le aku buta (walau boleh melihat)…buta tak melihat pada kesetiaan nya. Aku tak nampak..mungkin kerana semua perempuan yang ku kenal memberi layanan yang sama. Dah berpuluh kali aku cuba bermain perasaan dengan mu…kau tak pernah berterus terang pada ku. Harus kah dia berterus terang sedangkan dia seorang perempuan…. Tapi hari ini aku rasa satu pengorbanan terlalu besar bagi awin yang aku tak sangka dia boleh meluahkan perasaannya sebegitu rupa lain sangat dengan perwatakannya yang aku kenal seorang wanita yang hanya tunduk ke tanah bila bercakap dengan ku. Tak pernah dia mengatakan pada ku yang dia suka pada ku….

Aku cukup menyesal dan aku hanya melayan perasaan ku sahaja …”Lelaki …hanya menilai dan mengikut hati dan perasaannya sahaja”
awin ….aku tak sangka sampai ke situ kesetiaan mu selama ini. Aku minta maaf.. masih kah kau percayakan aku. Wanita sangat tinggi darjatnya di pandangan ku. Kau lah segalanya ….awin. Aku tak pernah menangis kerana perempuan. Tapi kali ni aku buang segala ego ku dan berfikir akan apa yang positif di masa depan ku.

AKHIRNYA

30 April yang akan datang, ulang tahun ke-12 perkahwinan kita ..awin. aku sungguh beruntung dipertemukan dengan kau. Kau penyinar hidup ku, kau penyabar, kau penyayang, kau sahabat yang baik, kau ibu yang pengasih…”Ya Allah…, kekalkanlah kebahagiaan kami” kau segalanya untuk ku …sayang. Tiada apa yang boleh menghalang cinta ku pada mu. Bila tengok anak-anak kita yang bertujuh tu, mereka tak tahu apa-apa. Tak tahu akan erti kehidupan sebenar. Aku akan berusaha menjadi seorang suami dan ayah yang baik untuk mendidik mereka semua menjadi insan yang sempurna dan di kasihi Allah…insaallah.

No comments: