Thursday, April 26, 2012

Aku, dia dan sebuah cinta (12)

Korang nak baca lagi tak cerita jewang dari aku...sorry le mood jewang datang..

Aku, Dia dan Sebuah Cinta

Sedutan dari penulisan yang lepas..

Dengan komputer aku taip surat..menyusun kata. Tak kan nak jiwang sangat tulis surat pertama. Tak jadi… tulis tangan , tak cantik pulak…baru tulis 2 – 3 baris dah aku koyak buang sahaja dan aku pastikan kesan-kesannya tidak akan dibaca oleh hasan. Setelah mencuba dengan pelbagai cara akhirnya dapat aku hasilkan satu surat yang helaiannya 2 muka. Aku masuk sampul dan aku kirimkan pada dia melalui kawan aku tanda “salam pengenalan”. Aku tahu dia tentu tak cam aku tapi mungkin dia kenal aku sebab aku aktif di asrama ni..itu je harapan aku..lain le kalau buat-buat tak kenal.

Dari sehari ke seminggu, dan dah 2 minggu surat aku tak berbalas. Aku ni kira tak tahu le nak cakap…aku sendiri je yang tahu bila tiap sejam aku akan ke pos box mana le tahu ada surat untuk aku. Aku dah mula berprasangka yang bukan-bukan..aku bukan le tergila sangat, Cuma hulurkan salam perkenalan je…tak kan le tak boleh..dalam benak fikiran aku macam-macam mengganggu dan aku mula tak suka, benci dan kekadang aku rasa macam budak kecik yang emosi. Tapi aku fikir balik..sapa le aku, aku bukan abang dia, aku bukan adik dia, aku bukan kawan baik dia, aku bukan sedara-mara dia…yang aku nak paksa dia balas surat aku, dan terpulang le pada dia nak balas ke tak.. apa maknanya ..dah le tu..4 bulan masa aku buang gitu je…banyak aku habis masa dengan berfikir pasal yang bukan-bukan…back to normal. Banyak aku tak buat kerja aku..Alhamdulillah pelajaran aku tak terganggu. Stop dan tamat cerita dia……sampai disini je aku jiwang…ko dah tak nak tak pa. Aku dah tawar hati.. terima kasih , aku dapat diri aku semula.

Satu hari balik dari kuliah, masuk je bilik aku terlihat satu surat yang jelas tertulis KEPADA SDR XXXX , BILIK 205, BLOCK D. surat sapa le pulak ni…, kenapa tak tulis nama pulak…

Sambungan minggu ni…

Aku ambil surat yang tak bernama tu dan aku letak atas maja, siapa lagi yang dok bilik no. 205 kalau bukan aku ngan hasan. Kalau aku buka surat ni kang hasan punya lak…malu je aku. “Tunggu je la sampai si hasan balik dari kuliah” kata hati kecil ku. Aku duduk depan komputer, bersemangat nak taip kertas kerja aku yang belum siap-siap lagi. Dalam mencari nama fail (dalam komputer aku) yang aku buat semalamnya aku ternampak le satu fail dimana fail itu mengandungi surat yang aku beri kat awin. Aku nak delete ke tak?…tak pa sebelum delete baca le dulu..tak dapat surat dari dia, baca surat sendiri pun tak pa le. bila aku baca dari mula sampai habis, la langsung aku tak jumpa nama aku, “ehtah-entah surat ni awin yang beri tak?” bisikan hati kecil aku. Aku terus buka dan hanya 4 baris sahaja jawapanya. Sah dia tak tahu siapa yang menghantar surat kat dia… ini semua kerana aku hanya letak kat situ no. bilik aku sahaja tanpa menulis nama. Macam mana le aku boleh lupa, aku buat macam dia dah kenal aku lama je.

Tapi dalam isi kandungan surat dia tu sungguh menyenangkan hati aku. Walaupun hanya 4 baris tapi aku membacanya acap kali untuk memahamkan maksud yang disampaikanya. Dalam suratnya hanya menulis “saya berterima kasih kerana awak nak berkawan dengan saya, walaupun saya tak tahu awak siapa. Dalam surat yang awak beri tak beritahu nama pun. Saya berkawan dengan semua orang dan termasuk dengan awak, dan lepas ni jangan tak tegur saya pulak” diakhir penulisannya yang ringkas tu dia menasihatkan aku menumpukan perhatian kepada peperiksaan yang akan datang. Aku berangan semula, adakah terbit sedikit cahaya harapan buat aku yang dulunya hampir menutup kisahnya.

Hati aku berperang lagi, Salah ke aku nak berkawan …perasaaan aku berlawan dengan kata akal. Adakah aku sahaja yang ego tak tentu pasal. Aku boleh atasi, masalah keluarga, pelajaran, berpesatuan walaupun sibuk dengan pelajaran. Tapi aku akur dengan kelembutan seorang wanita yang boleh mencairkan hati besi seorang anak muda ni. Aku nak bercinta ke?… umur baru je masuk 20, malas aku nak layan perasaan ni tapi…… baik lah, Aku berfikir lebih positif…jangan terlalu mendesak dan cuba melihat akan kebaikan disebaliknya..Mungkin banyak yang aku dapat belajar dari awin. awin ni bukan sebarangan orangnya dan aku perlu kenal dia lebih jauh, aku harus lebih bijak dalam percaturan ini dan lebih pandai mengatur flow bagi lebih megenalinya dengan lebih rapat.

LANGKAH PERTAMA AKU

Aku ambil keputusan untuk mengenali awin dengan lebih rapat dan satu sahaja yang terfikir oleh ku perlunya aku bersabar dan berfikir dengan tenang dalam mengambil sebarang keputusan. Banyak tindakan harian aku lebih berteraskan perancangan dan penelitian. Kadang-kadang aku tidak perasan, ianya lahir dari tindakan sepontan, mungkin ini semua kerana sudah kebiasaan aku. Aku banyak menggunakan tektik flow atau dengan perkataan lain merancang dalam kebanyakan tindakan aku. Kalau boleh diibaratkan orang bermain catur setiap tolakan buah punya makna tersendiri, tak semestinya memberi makan buah catur pada lawan tanda menyerah kalah kadang-kadang hanya membuka ruang untuk mencari kemenangan hakiki. Orang tak dapat mengaggak apa yang aku akan buat selepas ini dan untuk apa, ini memang dah semula jadi kat aku dan aku suka terus bermain.
Kalau difikirkan aku aplikasikan perancangan dan flow ni dalam semua kehidupan harian aku, tapi kekadang aku langgar je pasal lambat sangat kalau semua nak berfikir dengan teliti, ada benda yang tak jadi.ada perkara yang kena cepat dan ada yang perlu perancangan teliti. Tak tahu le, memang dari kecil cara aku berfikir macam tu. Bukan susah sangat cuba berfikir 2 kali apa yang kita nak buat dan berfikir apa nak buat lepas tu.. Langkah pertama aku ….

Di ringkaskan cerita, aku mengaplikasikan semua ini dalam usaha aku mengenal awin. Dalam penulisan aku yang lepas kan aku cakap yang aku ni AJK kat asrama(universiti)satu hari tu ada le sorang junior mintak tolong aku jadi pengarah pemasaran untuk satu projek kolej tu, diorang kata aku banyak contact person dengan company. Aku tahu aku dah sibuk sem akhir aku masa tu tapi saja je aku ambil dan ini le peluang aku. Perkara pertama aku buat (bukan guna kuasa) aku kata dengan pegarah projek tu kalau nak mintak tolong aku jadi pengarah pemasaran boleh tapi beri aku sendiri yang pilih AJK bawahan aku…dia sangat setuju dengan syarat yang longgar tu. Aku pilih le bebudak yang nak jadi AJK aku dalam borang permohonan termasuk le terjumpa borang si awin.


Korang rasa aku ambil ke awin jadi AJK aku…hehe tak beb (kang kalau ambil dia dah tahu perangai aku yang merapu ni atau nanti aku pulak yang tak boleh buat kerja)… aku ambil kawan baik dia, Ely dan Ina. Ely dan Ina ni kawan baik dengan si awin. Tapi sesungguhnya tak terniat langsung aku nak permainankan sesiapa dan sampai sekarang hanya aku je yang tahu apa yang aku buat tu dan perancangan disebaliknya. Dari mula meeting, aku dah baik dengan semua AJK aku ni. kami kerja dan dengan senang sekali dapat penaja RM 15,000.00 untuk projek tu. Aku saja je beri diorang susah cari penaja dan berdikari sendiri sedangkan aku dah ada company yang nak menaja projek tu (satu projek kebajikan dari mahasiswa). Mereka sangat suka berkerja dengan aku kerana aku lebih mementingkan kerja berpasukan dan membimbing mereka dengan baik.

Disamping itu, tak habis hanya urusan pemasaran projek, Ely dan Ina sangat rapat dengan aku walau umur kami sama dan baru dua bulan berkerja sama. Dari masalah belajar di kampus, masalah peribadi dan sewaktu dengannya semua aku tahu (bukan nak ambil tahu diorang yang beri tahu aku). Aku rasakan kalau dah rapat dan kenal dengan diorang ni tentu senang aku nak mintak tolong. Aku beri bimbingan, nasihat, semangat dan motivasi belajar setiap kali berjumpa dengan mereka dan mereka sangat berminat dan senang berkawan dengan aku. Korang tentu tertanya-tanya kenapa aku buat macam tu kan. Macam ni…… macam pelajar lelaki juga aku rasa selain cerita kesibukan mereka dengan pelajaran tentu mereka akan cerita dan bincang aktiviti seharian mereka terutamanya kepada kawan rapat mereka. awin kawan rapat dengan Ely dan ina jadi……

Jadi untuk permulaan kenalan tak perlu aku nak terangkan konsep dan prinsip aku dan tentu si ely dan ina akan cerita dengan awin siapa aku..hehehe(aku bukan berpura-pura). Tak kan le aku nak jumpa ngan awin cakap..”awin kawan le dengan aku,..aku baik, aku pandai, aku suka tolong orang, aku tak suka sakitkan hati orang”..kang dia cakap aku gila lak. Lagi pun aku malu sebenarnya, dia sudi ke berkawan dengan aku yang merapu ni sedangkan dia ustazah (aku fikir itu le kaedah yang paling mudah dan mungkin berkesan). So si ely dan ina ni pun selalu le cerita pasai awin ni kat aku walau aku tak suruh cerita (pandai le aku korek rahsia..hehe). diorang ni langsung tak tahu yang sebenarnya itu tujuan aku tapi korang janga salah anggap aku baik dengan diorang ikhlas… bukan aku tak biasa dengan perempuan, bukan aku tak ramai kawan perempuan tapi dengan awin ni lain macam le pulak aku…jadinya bagi permulaan aku kena la gunakan cara berbaza sedikit untuk kenal dia.

SALAM PENGENALAN

Satu hari aku mintak si Ely dan ina kirim salam dengan si awin, memula diorang terkejut juga dengan keyataan aku dan pelik dari mana le aku kenal si awin. Kerja aku makin mudah bila mereka faham maksud aku dan tahu prinsip aku, kalau aku nak buat sesuatu aku bukan main-main. Dan peranan selepas itu banyak dimainkan oleh diorang ..hehehe. kata diorang awin ni tak ada pak wa…bukan pakwa lelaki pun jarang dia bercakap…jadi susah sikit le aku nak mengurat dia kata ina dan Ely sambil ketawa tapi aku kata”ni yang lagi aku nak ni, aku suka yang mencabar”.

Dari sumber kekawan aku yang kaki jewang hehehe, mereka kata budak Universiti (yang perempuan selalunya) kalau baru tahun satu memang susah nak gurat pasal diorang masih ingat lagi pesanan mak bapak diorang yang lebih penting adalah belajar. Masuk tahun 2 ok sikit, pasal diorang ni ramai dah tengok kekawan dia yang dah berpasangan (takut le sikit kalau terlambat, kang tak dapat) so, mungkin hati mereka terbuka sikit. Tapi kalau dah masuk tahun 3 mungkin dah lambat sikit pasal biasanya semuanya dah berpunya walaupun tak ada cop didahi mereka. Kena le tunggu yang junior tahun depan lak.
………………………….
awin balik kampung, Ini le peluang aku nak cakap dengan dia dan menerangkan agar dia tak salah anggap apa tujuan aku sebenar. Malam tu aku telepon awin, lembutnya suara dia sampai ke jantung aku. Dengar suara pun aku dah lemah..tapi ya le orang tua-tua kata masa suka semuanya bagus belaka. Aku tak kira le itu le perasaan aku masa tu. awin terkejut juga bila aku kenalkan diri dan dia kata dia tak pernah beri no. telepon ngan sesiapa. Memang le aku yang ambil sendiri dari borang permohonan dia (korang ingat tak kan aku jumpa borang permohonan dia nak jadi AJK dulu)- nak dapat kena le usaha sikit beb. Ely dan ina pun tak berani nak beri kat aku so aku minta maaf le kalau dia marah ngan aku. Kami berbual le walau pun tak ada topik yang sesuai untuk diperbincangkan dan dia banyak diam dari berkata-kata…aku je yang lelebih..aku tak kisah le….sabar.
awin ni anak bongsu dari 9 adik beradik. Dia hanya ada ibu untuk bermanja sedangkan ayahnya, tak pernah dia jumpa. Ayahnya telah meninggal ketika dia hanya berumur 6 bulan. Ibunya lah yang menanggung kesemua adik beradik mereka. Aku dapat bayangkan kesusahan mereka. Aku tak tahu le teori aku betul ke tak,..orang perempuan ni suka bila kita bercerita tentang keluarga mereka, tentang ibu, abang dan lain-lain kerana mereka rasa selasa menceritakan kisah orang yang mereka sayang(cara mengurat yang tak ada dalam buku).
JINAK-JINAK MERPATI

Aku je yang selalu telepon dia bila dia ada kat kampung hujung minggu, dia tak pernah nak telepon aku. Nak keluar jauh sekali..boleh le dibilang dengan jari. Tapi layanan dia dengan aku sungguh baik(seorang sahabat). Boleh aku ketogorikan si awin ni macam jinak-jinak merpati, bila dekat dia terbang tinggi.. Dalam masa yang sama aku terus mengejar cita-citaku. awin perangsang bagi aku walaupun tak pernah sepatah dia memberi kata semangat kat aku. Tapi dari perbuatannya mengharapkan aku berjaya, dia sahabat yang baik. Walaupun aku rasa dah banyak aku tahu tentang dia dan belajar banyak perkara tapi masih ada lagi yang kekadang aku tak tahu lagi dari hari kehari aku mula mengenalinya. Perhubungan aku dengan awin memang tak ada orang yang tahu. Aku je yang anggap si awin ni macam awek aku walaupun tak pernah sekalipun yang awin ni kata macam tu kat aku yang aku ni pak wa dia…hehehe

Ada le sekali aku dapat keluar dengan dia, awin ajak si ina sekali tak pa le. Aku punya le suka pepagi lagi aku dah mandi dan gosok baju, hasan pun naik heran dengan perangai aku. Korang ingat hasan, dia masih belum tahu lagi yang aku dah berkawan dengan si awin. Aku dah siap-siap mula pukul 9 pagi lagi dan terus pergi ke Bandar kajang, diamana kami berjanji. Pelahan betul aku rasa jam hari tu, aku dah mula berpeluh tetengah hari buta tercacak tunggu mereka. Apa tak nya tak pernah-pernah pakai baju kemaja …hari tu aku pakai pulak. Ni le orang kata penanggan bercinta agaknya. Korang tahu aku sebenarnya janji pukul 2…pukul 9 aku dah siap…hehehe kalau aku kenangkan tergelak aku sendirian.


Ada lagi satu ceritanya, awin ni pandai budaknya dan kami saling bersaing untuk keputusan periksa (aku dapat tahu keputusan dia pun dari hasan) mana boleh aku biarkan awek aku lebih dari aku. Untuk menjadi sumber inspirasi aku selalu le aku tengok lambu bilik asrama dia..apa orang tua-tua kata “tak dapat tengok muka dapat tengok bumbung jadi le..hehe”. dia ni punya le kuat study selalu pukul 2, 3 pagi lum tutup lampu lagi. Lelama aku tanya dengan si awin macam mana dia boleh tahan sampai memalam tak tido dan esok ada kuliah pagi. Dia kata selalu dia tido kul 10 kenapa pulak. Aku kata tipu, pasal selalu aku tengok lampu dia terpasang je sampai kul 2-3 pagi (pecah rahsia aku)…dia tergelak ….korang tahu rerupanya aku salah bilik. Yang aku tengok bilik tu bilik sebelah dengan bilik dia..budak India yang memang tido tak pernah tutup lampu…penat je aku study kekuat, ingatkan dia yang tak tido ..tengah study kuat…hehe. Korang lain kali tengok bebetul jangan tersilap macam aku
Tiba-tiba….

Aku dapat tahu ada lelaki yang cuba mengurat awin…apa yang aku boleh buat(Ely beritahu aku). Lelaki tu pengerusi kelab yang awin sertai. Perasaan cemburu tu memang ada tapi sapa kuat dia dapat le tapi aku berfikir perasan marah dan cemburu boleh membawa keburukan dan aku cuba mengawalnya. “jangan sesekali berfikir dan bertindak dalam keadaan beremosi dan sedang marah”
Budak yang suka dengan dia namanya anuar dan kebetulan aku kenal dengan dia. Dia memang cukup sifat, kira boleh dikatakan hansem le, kalau di mata perempuan. Aku dah mula rasa ada pesaing. Anuar punya kelebihan dia selalu boleh bersama awin di kelab untuk urusan projek persatuan mereka. Aku berserah pada nasib sahaja..aku dah cuba sedaya upaya..tak kan aku nak cemburu tak tentu pasal dan dia tak pernah pun kata dia suka kat aku. Aku lagi cemas bila ely kata si mamat selalu beri bunga kat awin. Hati aku meronta-ronta….. apa yang aku nak buat aku tak tahu, suka hati dia le.

Berita tu mengejutkan aku dan kenapa berita tu aku tidak dapat dari awin sendiri. Perasaan ku bercampur-campur dan aku tetap cuba bersabar dan berfikir dengan tengang. Ely marah kat aku kerana aku membiarkan dan melepaskan awin begitu je. Abis macam mana aku nak buat itu semua terpulang pada dia le(dia dah besar), dan semua keputusan dari dia. “Abis ko suruh aku pi bakar rumah si mamat tu..tak pasal-pasal aku masuk penjara, mamat tu tak dapat apa” cakap aku pada ely …. Bersabar, semua tak ada apa-apa, semua permainan dunia.

Aku akan terus kuat bekerja dan tidak pernah melangkah setapak pun kebelakang dengan kelalaian dunia. Kenapa kita nak bermuram durja kerana dihadapan sana menjanjikan seribu harapan yang lebih indah dari sebelumnya.

Hari minggu tu aku dapat tahu awin balik kampung dan ini pelung aku cakap dengan dia dan tanya dia bebetul apa perasaan dia pada aku dan apa hubungan dia dengan si anuar yang dikatakan oleh ely tu

No comments: